Loading...
Ramai yang percaya bayi kembar mempunyai hubungan rohani yang kuat. Kewujudan mereka saling melengkapi antara satu sama lain.
Kisah berikut merupakan bukti bahawa saudara kembar saling menjaga dalam pelukan dan ikatan sehingga mampu menyelamatkan saudara kembarnya .
Heidi Jackson adalah seorang ibu kepada dua anak kembar perempuan yang diberi nama Brielle dan Kyrie Jackson.
Kedua-duanya lahir dalam keadaan pramatang dan sebaik dilahirkan, Brielle dan Kyrie diletakan di inkubator yang diasingkan.
Namun, dari dua anak kembarnya itu, hanya Kyrie yang dilihat mampu terus hidup.
Kembar Kyrie, Brielle mengalami satu keadaan yang memerlukan penjagaan rapi. Malah, beratnya tidak sampai satu kilogram. Dia juga mengalami gangguan pada jantungnya. Segala cara telah dilakukan, namun Brielle semakin lemah, dan tubuhnya kebiruan akibat terlalu banyak menangis.
Kemudiannya, seorang jururawat, Gayle Kasparian, yang menjaga Brielle mendapat idea yang sangat berisiko iaitu 'double bedding'.
Dengan menggunakan teknik ini, kedua-dua kembar tersebut akan diletakkan di dalam satu inkubator.
Jururawat itu kemudiannya menutup inkubator. Seketika kemudian, Brielle meringkuk di sebelah Kyrie yang tidak didampinginya sejak mereka lahir. Malah, ada kemajuan memberangsangkan pada Kyrie ketika Brielle menyentuhnya.
Dalam beberapa minit kemudian, Brielle kelihatan lebih tenang. Oksigen di dalam darahnya pulih. Kyrie juga meletakkan tangannya di sisi Brielle, seolah-olah merangkul kembarnya itu.
Hasilnya, keajaiban pun terjadi! Tubuh Brielle sembuh dan pulih dari masa ke masa.
Kisah benar ini terjadi pada Oktober 1995. Dan kini kedua-duanya sudah dewasa dan sihat.
Namun gambar yang diambil ketika mereka masih bayi telah mengagumkan dunia dan menjadi salah satu kisah yang sering dibicarakan.
Fenomena ini sering disebut sebagai 'pelukan penyelamat', kerana pelukan dan sentuhan Kyrie memberikan kesan yang luar biasa.
Namun, sebenarnya kita tidak perlu menjadi kembar untuk merasakan keajaiban pelukan.
Suatu ketika, apabila orang yang anda sayangi mengalami kesusahan, peluklah dia kerana itu akan memberikannya ketenangan dan harapan.
0 Ulasan
jerit kat sini