Khairy tegur gambar wanita Melayu mengandung duduk atas lantai dalam tren

Khairy tegur gambar wanita Melayu mengandung duduk atas lantai dalam tren

Loading...
Jangan sebar streotaip salah tanggapan etnik.”
Itu komen Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ketika mengulas sekeping gambar tertera seorang wanita Melayu sarat mengandung duduk di lantai sebuah tren manakala di sebelahnya ialah dua wanita Cina yang duduk di atas kerusi.
Gambar itu kini tersebar di laman-laman sosial dan mengundang pelbagai reaksi.
Khairy memberi respon berkenaan ketika salah seorang pengikut laman Twitternya memuat naik gambar berkenaan dengan tweet berbunyi: “I guess 1Malaysia doesnt work.” (Saya rasa (gagasan) 1Malaysia tak berkesan).
Kebiasaannya penyedia perkhidmatan tren atau keretapi akan meletakkan papan atau pelekat yang menasihatkan penumpang supaya memberi keutamaan tempat duduk kepada warga emas, orang kurang upaya (OKU) atau ibu mengandung.
Beberapa pengikut Khairy melontarkan pandangan bahawa keadaan itu tidak ada kena mengena dengan konsep 1Malaysia, sebaliknya gambaran mengenai mentaliti segelintir pihak yang hanya mementingkan diri sendiri.
“Masalahnya ialah orang yang duduk, mentaliti mereka. Tiada kaitan dengan 1Malaysia, mana tahu kiasu,” ujar seorang pengikut Khairy yang menggunakan nama E is E.
Beberapa fan page di Facebook turut memuatnaik gambar berkenaan dengan melontarkan persoalan seperti “Sindrom aku peduli apa atau rasisme?” 

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. dasyat sungguh bangsa mata sepet pujaan ahli pas...tp bkn semua kot...sebab bos jenis mata sepet jugak..tp best...tak der perkauman pun...dia bg surau...untuk muslim kalu ader dinner dia cari tempat halal..

    BalasPadam
  2. saya dah bertahun naik train,isunya bukan rasis pun.ni adalah sikap penumpang.baik lelaki dan perempuan kalau mentaliti selfish memang x akan bangun bagi orang tua,ibu mengandung dan yg beranak kecil duduk.dalam train or lrt ada ramai bangsa.kalau orang berkopiah duk baca quran dalam train tak bangun juga tu tandanya apa.it's not 1 Malaysia

    BalasPadam

jerit kat sini