Pilot Terlampau,Pasal Roti Pun Boleh Jadi Kecoh

Pilot Terlampau,Pasal Roti Pun Boleh Jadi Kecoh

Loading...
NEW YORK - Seorang juruterbang dilaporkan menunda penerbangan lebih dari dua jam.

 Uniknya, kelewatan tersebut disebabkan pilot itu menunggu pesanan sandwichnya tibaKejadian bodoh ini bermula dari permintaan sandwich dari pilot yang akan menerbangkan pesawat Pakistan Antarabangsa Airlines. 

Tetapi ketika diberi tahu bahawa tidak ada sandwich di lapangan terbang atau pun menu di kabin pesawat,  pilot itu mula marah dan berkeras untuk  mendapatkan apa yang dia mau. 

Akhirnya pihak syarikat penerbangan memenuhi permintaan pilot dan menempah sandwich dari hotel 5 bintang yang terdekat. 

Malangnya, sandwich yang diminta oleh pilot itu baru tiba dua jam selepas tempahan. Akibat keinginan pilot tersebut, penerbangan dari Lahore ke New York perlu ditangguhkan sehingga sandwich yang dipesan tiba. 


Jurucakap syarikat penerbangan Pakistan Antarabangsa Airlines Mashood Tajwar ternyata tidak menerima aksi "mogok terbang" yang dilakukan sang pilot yang namanya masih dirahsiakan ini. 

"Pengurusan akan mengambil tindakan serius akibat kerterlambatan penerbangan antarabangsa ini," ujar Tajwar, seperti dilaporkan dari ABC , Jumaat (20 / 12/2013)

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Memang melampau nih! Elok dipecat jer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la..akak pun pelik,nape disimpan lagi pilot macam ni..menyusahkan semua orang

      Padam
  2. Ada juga ya pilot bengong yang berani buat hal begini ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. manusia ni macam peel...lagi la kalau orng lebih2 kan dia,lagi la mengada

      Padam

jerit kat sini