Kerana Terlalu Setia Pada Tuannya,Dirinya Dijadikan Patung

Kisah kesetiaan anjing di Jepun bernama Hachiko pada tuannya ini sudah lama popular di seluruh dunia . 

Hachiko adalah anjing peliharaan yang ditemui ketika masih kecil oleh seorang profesor Universiti Tokyo saat dia dalam perjalanan pulang dari pejabatnya . 

Akhirnya dia selalu menghantarkan tuannya pergi kerja ke stesen Shibuya setiap hari dan menunggunya di depan stesen saat pulang .

 Suatu hari , tuannya meninggal di pejabatnya kerana pendarahan otak pada 1925 . Hachiko yang tidak tahu terus menunggu tuannya dengan duduk di depan stesen setiap harinya .

Isteri profesor dan anaknya sudah berusaha untuk membawanya pulang , namun Hachiko tetap duduk di depan stesen menunggu tuannya . Semua orang di stesen termasuk penjaga dan beberapa penjual di sekitar Shibuya mengenal Hachiko dengan baik dan memberinya makan setiap harinya .

 Khabar kesetiaan anjing ini juga meluas ke seluruh masyarakat , pelbagai media tempatan memberitakan kisah setia Hachiko .

Hachiko terus menunggu tuannya sampai ajalnya sendiri tiba pada 1935 . Baru - baru ini ditemui sebuah foto Hachiko yang diambil pada 8 Mac 1935 , saat ditemui mati di jalanan Shibuya .

Dalam foto itu terlihat Hachiko yang sudah mati terbujur kaku dengan diselubungi anyaman buluh . Kelihatan beberapa petugas stesen dan isteri majikan Hachiko , Yaeko Ueno , mengelilinginya dan mendoakan .

 " Dari gambar diatas terlihat bagaimana orang - orang berdoa untuk kedamaian roh dan jiwa dari Hachiko " , kata Keita Matsui , kurator muzium Shibuya .

" Dari gambar ini juga kita boleh melihat bagaimana Hachiko sangat dicintai pada masanya " .

 Untuk mengabadikan Hachiko , kerajaan Jepun membina tugu di depan stesen Shibuya . Kini patung Hachiko dijadikan tempat popular bagi pemuda pemudi Jepun untuk berkumpul .

 Kisah Hachiko juga semakin memberi inspirasi banyak orang setelah kisahnya diangkat ke layar perak Hollywood yang dibintangi Richard Gere .


Ulasan

  1. Sy tgk movienya kan.. keluar air mata.. sungguh menyedihkan.. ;'(

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa tajuk filem tu..teringin gak nak tengok

      Padam

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!