"Agama Siti Aishah adalah antara dia dan Allah"

"Agama Siti Aishah adalah antara dia dan Allah"

Loading...
KUALA LUMPUR: AgamaSiti Aishah Abdul Wahabadalah antara Allah dan dia.

Itu antara luahan hati Kamarmahtum Abdul Wahab, kakak kepada rakyat Malaysia yang dilaporkan dijadikan hamba oleh sepasang suami isteri di London.

Kamarmahtum mengulas demikian selepas ditanya tentang status agama adiknya sejurus tiba dilapangan terbang

"Agamanya di antara dia dengan Allah saya tak tahu, di antara dia dan saya, saya tahu," katanya kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas berjumpa dengan adiknya di London.

Beliau juga berkata adiknya sihat di London.

"Dia sangat sihat di sana, saya ikuti perkembangannya di suratkhabar. Laporan seolah-olah dia sakit. Pakai kerusi roda. Tapi tidak. Dia lagi gemuk dari saya," katanya.

Kamarmahtum juga manafikan bahawa adiknya dijadikan hamba di London seperti yang dilaporkan di pelbagai media.

"Dia tidak pernah menjadi hamba," katanya sambil menambah pertemuan selama satu setengah jam itu dipenuhi pelukan, pertengkaran dan tangisan.

Dari kiri, Wok Salleh (ibu mertua Mohd. Tahir Abdul Wahab,) Siti Aishah Abdul Wahab, Rahimaton Mohd. Hassan (isteri Mohd. Tahir), Rozziana (anak kedua Mohd. Tahir), Tina (anak sulung Mohd. Tahir) dan seorang wanita yang dipercayai turut menjadi hamba Comrad Bala. Turut kelihatan lencana Mao Zedong yang dipakai Siti Aishah dan rakannya (dalam bulatan).

Adik dedah 'rahsia' Siti Aishah


KUALA LUMPUR 28 Nov. - Adik bongsu kepada Siti Aishah Abdul Wahab, yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London mendedahkan, keluarganya telah lama mengetahui aktiviti radikal yang menyokong perjuangan komunis wanita itu.


Menurut Mohd. Tahir Abdul Wahab, 66, Siti Aishah atau lebih mesra dipanggil Kak Esah dipercayai terpengaruh dengan fahaman komunis semasa melanjutkan pelajaran di London dengan biasiswa Komanwel seterusnya menetap di negara berkenaan.

"Bagaimanapun, seingat saya, pengajian Kak Esah yang merupakan anak ke-11 daripada 12 beradik terganggu dan pencapaian akademiknya tidak membanggakan. Selepas itu dia menghilangkan diri dan tidak pernah pulang ke tanah air.

"Tindakannya itu membuatkan abang saya terutama sekali Abu Mansor (sulung), Ibrahim dan Abdullah Bakri berulang kali ke London untuk mencarinya dan mahu membawa pulang ke Malaysia.

"Saya yakin ketika itu mereka (abang) tahu keadaan sebenar yang terjadi pada Kak Esah. Mereka tahu Kak Esah telah terpengaruh dengan aktiviti radikal seperti komunis. Sebab itulah sepanjang dia menghilangkan diri, keluarga kami tidak pernah berputus asa mencarinya di London," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ditanya daripada mana abang- abangnya mengetahui Siti Aishah terpengaruh dengan perjuangan komunis, Mohd. Tahir memberitahu, mereka merupakan penjawat awam dan kisah kakaknya itu berkemungkinan tersebar di tempat kerja.
"Ketika itu telah bertiup cerita tentang pengaruh komunisme meresap dalam kalangan pelajar luar negara dan saya rasa dari situlah mengetahui pergerakan Kak Esah.

"Sebab itulah saya yakin percubaan mereka ini untuk mencari Kak Esah bukan mahu dia dibawa balik ke kampung semata-mata malah mahu menyelamatkan dia daripada terus terjebak (komunis).

"Bagaimanapun, usaha abang- abang saya ini menemui jalan buntu sekalipun mereka telah ke rumah Kak Esah di London namun kakak saya itu tetap enggan keluar bertemu. Sehinggalah ada antara abang meninggal dunia pun, Kak Esah belum ditemui," katanya yang memberitahu, beliau adalah orang terakhir yang bertemu Siti Aishah pada 1981 di London
.
Mengulas tentang pengaruh komunis yang didakwa telah bermula sejak berada di negara ini, Mohd. Tahir menyangkal perkara tersebut dan menegaskan, kakaknya itu terpengaruh setelah meneruskan pengajian di London.

"Tidak seperti didakwa... kerana kami tidak pernah lihat aktiviti mencurigakan seperti yang dilakukannya. Saya sebagai adik-beradik yang paling rapat dengannya juga tidak pernah nampak perubahan itu," jelasnya.
Bercerita tentang pertemuan terakhir dengan Siti Aishah, Mohd. Tahir mengakui, beliau bersama isteri, Rahimaton Mohd. Hassan, 64, terkejut apabila menerima panggilan daripada Siti Aishah yang mahu bertemunya di rumah mereka di London.

"Saya ketika itu berusia 35 tahun dan berkhidmat sebagai Pengurus Besar Bank Bumiputera di London. Masih segar di ingatan, panggilan Kak Esah pada hari itu amat mengejutkan saya dan isteri kerana dia telah menghilangkan diri selama 16 tahun. Dari mana atau siapa yang memberikan nombor telefon saya padanya pun saya tidak tahu.

"Bagaimanapun saya amat gembira menyambutnya kerana telah lama tidak bertemunya. Dua kali dia datang ke rumah kami iaitu selang seminggu dan Kak Esah hadir bersama dua sahabatnya yang saya yakin adalah salah seorang wanita yang turut diselamatkan baru-baru ini dan Aravindan Balakrishnan yang menjadi ketua kumpulan ekstremis komunis itu," katanya.

Menceritakan tentang pertemuan itu, Mohd. Tahir menyifatkan situasi itu tidak ubah seperti keadaan formal malah dia yakin setiap pergerakan Kak Esah dipantau Balakrishnan.

"Saya akui telah mengetahui sisi radikal pada Kak Esah dan tidak sedikitpun saya bertanya tentang perkara itu kepadanya. Namun kami lebih-lebih lagi isteri saya mengesyaki setiap tutur kata Kak Esah dipantau Balakrishnan.

"Manakan tidak, apabila kami mahu dia bercakap dengan ibu kandung saya sendiri melalui telefon pun, Kak Esah dilihat bertanya sesuatu pada lelaki itu. Makan malam kami ketika itu agak canggung dan tidak mesra seperti sebuah keluarga yang dapat dirasai," katanya.

Jelas beliau, pengaruh aktiviti komunis Siti Aishah ketika itu dapat dilihat pada baju yang dipakainya iaitu tersemat lencana Mao Zedong. Dua rakannya yang hadir juga memakai lencana seperti itu.

"Dia hadir dalam keadaan yang terurus dengan penampilan yang bersih cuma ketika mahu tidur, dia tidak memerlukan bantal, sekadar beralaskan lengan... Itu membuktikan hidup yang dialaminya sehari-hari," katanya.

 
kredit:Utusan Ma;laysia & Astro

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. baru lah saya tahu kisah sebenarnya .. menurut Yahoo Malaysia ,, siti aishah ni tak menganut agama islam lagi..wallahualam lah kak tie...

    BalasPadam
  2. assalamualaikum... salam singgah... moga Allah selamatkan saudara Siti Aishah... itu je yg mampu didoakan oleh rakyat marhaen ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hanya doa saja yg mampu dialakukan setakat ini...semoga Siti Aishah berbahagia dgn apa yg dilakukannya

      Padam

jerit kat sini