Saksikan Video Misteri Mayat Bangkit Dari Kubur Di Brazil

Seorang wanita yang menziarahi kubur keluarganya menerima kejutan terbesar dalam hidupnya apabila terserempak dengan ‘mayat hidup’ yang bangkit dari tanah sambil melambai-lambai tangannya.


Media semalam melaporkan wanita terbabit berada di sebuah tanah perkuburan di Ferraz de Vasconcelos apabila dia terdengar bunyi nafas termengah-mengah.

Sejurus kemudian, kata wanita yang enggan dikenali itu, dia ternampak tanah di satu daripada kubur di situ bergerak-gerak.

Tidak lama selepas itu wanita terbabit hampir pengsan melihat kepala dan tangan seorang lelaki muncul dari tanah sambil cuba keluar dari situ.

“Saya ketakutan melihat seorang lelaki yang saya sangka sudah mati cuba keluar dari kubur berkenaan,” katanya. Pada awalnya, kata wanita terbabit, dia melarikan diri dari situ tetapi kembali semula dan menghubungi pihak berkuasa.

Namun ia tidak semudah yang disangka.

Kata wanita itu polis menganggap dia bergurau ketika memaklumkan pihak berkuasa ada ‘mayat hidup’ di kubur berkenaan.

“Mereka asyik bertanya sama ada saya bergurau atau serius,” katanya dalam satu kenyataan.
Akhirnya, kata wanita itu dia gagal meyakinkan polis dan terpaksa menemui kakitangan tanah perkuburan berkenaan dan merayu kepadanya supaya menghubungi polis.

Sepasukan pegawai perubatan yang tiba tidak lama kemudian menemui seorang lelaki yang tertanam separuh badannya. Dalam video disiarkan stesen Record TV di Brazil, lelaki terbabit kelihatan hampir tidak bergerak tetapi masih bernafas apabila diperiksa kakitangan perubatan ketika itu. 

Lelaki itu kini dirawat di hospital dan doktor yakin dia boleh diselamatkan tetapi tertakluk kepada ujian psikologi. Polis pula percaya bekas pekerja perbandaran itu terbabit dalam pergaduhan dan dibelasah teruk sehingga pengsan.

Dia kemudian ditanam penyerangnya dalam sebuah kubur kosong di situ.
Lelaki terbabit kemudian tersedar dan mula berusaha menyelamatkan diri sebelum ditemui wanita berkenaan. –

 Agensi





Ulasan

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!

Wahai Lelaki Bernama Suami...Bacalah!!