a blog full of free information

Pin It

Widgets


KUALA LUMPUR: Beritapenangkapanpengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib menerima pelbagai reaksi daripada pengguna laman media sosial.

Ramai di antara mereka mengucapkan tahniah kepada pihak polis di atas usaha dan kejayaan mereka.

Ada juga segelintir daripada mereka yang was-was terhadap berita tersebut dan inginkan bukti penangkapan.

Ada juga yang memberi cadangan hukuman untuk suspek tersebut.

Berikut adalah kompilasi komen-komen yang dikemukakan di Facebook, Twitter dan laman astroawani.com:

Hajis Jaafar: Syabas PDRM....sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga

Fareez: Tahniah tahniah dan tahniah sekali lg kepada pihak polis

Nahar: Tahniah kepada pihak polis..anda semua memang cekap

Mohd Awal Din MohdNazr: Tahniah PDRM.... Takziah keluarga Norazita.

Hk Ariiz: Betul ke? Tunjukkan bukti.. Tunjukkan muka penjenayah tu kalau betul dah ditangkap.. Takut-takut semua ni sandiwara je untuk menenangkan ketenteraman awam.. Polis pun handal berlakon tau.

Khaidir Zulkifli: Mane gambar? Jgn tutup muka ya rakyat berhak tahu.

Noriz Mel: Jangan banyak bicara..kasi can husband arwah bagi penumbuk kaw kaw kat perut bakal jenazah pembunuh tu

Pelangi Indah: Tembak kepala si penembak pakai shotgun!! Jarak 2 inchi dari muka.



Norazita,37, ditembak dalam kejadianrompakandi Ambank cawangan Subang Jaya pada 23 Okt lalu.

Dalam kejadian pada pukul 6.18 petang itu, Norazita, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek.

Suspek kemudian melarikan sejumlah RM450,000 dari bilik kebal itu.

Rakaman video selama 32 saat, yang dipercayai sedutan CCTV memaparkan insiden itu, telah tersebar dengan meluas di laman sosial ekoran kejadian tersebut..


Tahniah PDRM

7 comments:

  1. Besarnya ujian Allah pada keluarga mangsa... Moga keluarga kita dilindungi dari sebarang petaka... dan moga suami & anak2 dirahmati Allah... :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerana wang mabusia jdi gelap mata...dah buat rasanya diri dipenuhi penyesalan yang tak sudah

      Delete
  2. sememangnya dia tidak patut dibiarkan hidup hukum gantung sampai mati kerana
    duit dia sanggup lepas tembakan dgn jarak yg dekat sehingga mangsa mengalami pendarahan yang sepatutnya pihak imigresen kena lebih tegas bkn mkn suap .

    ReplyDelete

jerit kat sini

 
Top