Kisah Misteri Disebalik Rasukan Tarian Ulik Mayang

Dirasuk 'tuan puteri'

Peserta dikumpulkan di satu tempat sebaik sahaja peserta yang histeria berjaya dipulihkan sebelum mereka semua kembali ke tempat penginapan masing-masing.


PORT DICKSON - Pertandingan Kesenian Himpunan Pertahanan Awam Malaysia ke-19 yang diadakan di kawasan lapang tepi pantai Batu 1,di sini, malam kelmarin gempar apabila 15 peserta program berkenaan dirasuk.
                                              Salah seorang mangsa sedang dipulihkan

Kejadian berlaku kira-kira 10 malam, selepas hampir dua jam pertandingan kesenian itu berlangsung dalam perhimpunan yang disertai hampir 1,500 peserta membabitkan 14 kontinjen di kalangan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) seluruh negara.

Perhimpunan bermula pada Khamis lalu dan berakhir semalam, meliputi pelbagai aktiviti seperti ujian kemahiran, kecekapan, kepimpinan dan disiplin.

Difahamkan, mangsa seolah-olah diserang histeria semasa persembahan salah satu kontinjen yang membawa persembahan Ulek Mayang, manakala sebelum ini satu lagi kontinjen mempersembahkan tarian Kuda Kepang.

Sebahagian mangsa yang dirasuk berlari menuju ke kawasan pantai yang jaraknya kira-kira 20 meter dari lokasi pentas pertandingan kesenian dan ada yang berlari ke kawasan khemah logistik himpunan tersebut.

Beberapa pengamal ilmu perubatan Islam dipanggil bagi memulihkan mangsa, selain peserta lain bersama-sama mengalunkan zikir. Sebahagian peserta yang diserang histeria turut dibawa ke Masjid Jamek Port Dickson kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian untuk dipulihkan.

Difahamkan, kesemua peserta himpunan menginap di beberapa hotel berhampiran kawasan himpunan dan mereka tidak melakukan aktiviti perkhemahan.

                              Mangsa yang pengsan sedang dipapah rakannya sejurus indisen itu.

Salah seorang peserta persembahan Ulek Mayang, Nazar Mohd Amin, 22, berkata, beberapa minit selepas dia bersama rakannya membuat persembahan atas pentas, dia yang memakai pakaian tradisional Ulek Mayang menyedari di sekelilingnya ada beberapa penari latar,
selain rakannya yang turut mengiringi persembahan itu.

“Saya perasan seperti ada penari latar kanak-kanak yang memakai baju berwarna warni serta ada seorang gadis seakan-akan tuan puteri turut berada di dalam kumpulan kami membuat persembahan.

“Saya mula menyedari ada sesuatu yang ganjil berlaku dan segera beristighfar dan berzikir kemudiannya pengsan. Sebaik tersedar saya rasa badan sangat lemah,” katanya.

Sementara salah seorang peserta yang menonton pertandingan kebudayaan itu, Nurul Ain Kasar, 25, berkata, dia duduk di hadapan pentas bersama rakan-rakannya.

“Semasa persembahan kuda kepang ada beberapa di kalangan kami turut menari seperti rentak kuda kepang seiring dengan peserta yang membuat persembahan di atas pentas.

“Tidak lama kemudian, penonton yang menari itu jatuh dan keadaan menjadi kelam-kabut. Saya pun bangun untuk pergi kekelompok rakan yang lebih tenang, namun rasa seperti ada sesuatu yang menarik saya dari belakang sehingga saya terjatuh.

“Kemudian saya bangun semula dan rakan-rakan yang saya hampiri semuanya melarikan diri dalam keadaan ketakutan tidak mahu menghampiri saya. Selepas itu saya tidak ingat apa yang berlaku,” katanya.

"Sebaik sedar, badan saya sangat lemah dan rakan-rakan memaklumkan semasa kejadian, muka saya berubah seperti seorang perempuan yang sangat tua dan menakutkan," katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pertahanan Awam, Datuk Sulaiman Keling berkata, insiden berkenaan berlaku tanpa diduga namun ia berjaya dikawal dan diatasi dengan baik oleh petugas himpunan berkenaan.

“Kita yakin faktor keletihan menjadi punca utama kejadian ini berlaku. Pada siang hari sebelum insiden ini berlaku, semua perserta menjalani aktiviti pertandingan kemahiran selain dengan cuaca di tepi pantai yang panas.

“Saya juga yakin insiden yang berlaku ini tidak akan mematahkan semangat anggota JPAM yang terlibat kerana apa yang berlaku ini adalah salah satu antara cabaran yang mereka hadapi ketika melaksanakan tugas di lapangan, malah dalam sesetengah kes ia lebih
mencabar daripada apa yang berlaku semalam (kelmarin)," katanya selepas menyempurnakan Himpunan Pertahanan Awam Malaysia ke-19 di Batu 1 Jalan Pantai,di sini semalam.

Beliau berkata, semua anggota JPAM dilengkapi dengan kemahiran yang tinggi dan dalam insiden itu, sama ada peserta yang terlibat ataupun di kalangan rakan-rakan yang menyaksikan, boleh mengatasinya dengan baik.

P/s teringat masa skolah dulu{akak orng Terengganu dan bersekolah disana},

ketika itu pelajar tingkatan 6 telah membuat persembahan ulik mayang,,,tak semena2 beberapa orng pelajar yang tidak terlibat dalam pementasan telah dirasuk....huru hara seketika dalam dewan ketika itu...Selepas kejadian itu pihak sekolah telah mengharamkan Tarian Ulik Mayang di mainkan dalam apa-apa persembahan disekolah akak....




Dibawah disertakan sedikit info tentang asal usul Tarian Ulik Mayang

PENGENALAN 

 Tarian ulek mayang sejenis tarian yang berunsurkan pemujaan yang dipercayai telah wujud pada zaman pemerintahan Sultan Umar. 

 Seni budaya ini dianggap sebagai satu khazanah budaya Terengganu yang cuba dipertahankan sehingga kini. 

Mengikut kefahaman tarian ini merupakan satu permainan tradisi masyarakat melayu Terengganu yang tinggal di persisiran pantai negeri Terengganu. 

 Tarian ini juga dikatakan berasal dari Tanah Seberang iaitu Kepulauan Jawa. Ulit atau ulek adalah merujuk kepada berdondang atau mengulit-ngulit yang membawa makna menyeru-nyeru dengan nama memujuk-mujuk supaya kembali semula dan datang semula merujuk kepada makhluk halus.

PERUBATAN TRADISIONAL

 Ia merupakan satu kaedah perubatan Tradisional orang Melayu untuk tujuan perubatan.Tradisi ini telah muncul sejak dahulu terutamanya di Terengganu dan Kelantan. 

 Kaedah Perubatan tradisional ini mempunyai unsur syirik dan tahyul kerana terdapat bacaan jampi mantera oleh Tok Puteri, orang yang bertanggungjawab mengepalai Main Puteri. 

Tok Puteri mula menari mengikut rentak. Setiap gerak geri tarian ini nampak tidak teratur namun mempunyai kaitan dengan rentak muzik yang dimainkan. 

Tarian ini seperti memanggil roh untuk meresap ke dalam badan pesakit. Setelah ritual berakhir keluarga pesakit membawa pesakit pulang. Keadaannya lebih baik daripada sebelumnya. ERSEMBAHAN Picture Tarian ini ditarikan secara beramai-ramai antara 10 hingga 15 orang dalam bentuk bulatan untuk memuja Tuan Puteri Tujuh beradik. 

Persembahan

 ulik mayang ini dimainkan dengan menggunakan Mayang Pinang

 Persembahan ini dimainkan beramai-ramai dengan membuat bulatan dan pemegang duduk di tengah-tengah dan tidak ada muzik yang mengiringi persembahan ini. Mayang yang digunakan dalam persembahan ini diasap kemenyan dan disapu minyak kelapa terlebih dahulu. Sebelum persembahan dibacakan doa dan bangkitan dilakukan untuk memohon perlindungan agar orang yang mengambil bahagian tidak ditimpa apa-apa kemalangan.

Mayang pinang adalah peralatan utama dalam persembahan ulek mayang. ManakalaAlat muzik yang digunakan dalam persembahan ulek mayang adalah seperti gong, rebana dan gamelan. Alat muzik ini akan menghasilkan bunyi yang mengasyikkan dan dapat menaikkan semangat tujuh puteri tersebut.


Tarian ini berasal dari upacara kuno merawat oleh seorang bomoh Melayu pada badan seorang nelayan yg berada dlm keadaan tidak sedar.

Ulasan

  1. Power. Nasib baik masa menyanyi lagu ni dulu saya tak tersampuk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hanya semangat kuat je yg lepas kot

      Padam
  2. lagu ni tak boleh dinyanyikan pada waktu malam, apalagi dekat tepi pantai... memang menjadi la sapa2 yang nyanyi lagu ni...org terengganu memang tak nyanyi lagu ni malam2 kak sebab dah tahu akibatnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..orng Teganu mmg dah tahu sangat akibatnya bila nyanyi lagu ni,biasanya orng luar Teganu yg selalu buat persembahan Ulik Mayang ni...sebaiknya bertanya dulu dgn mereka yang lebih arif

      Padam
    2. ap yg blaku lau nyanyi mlm2...coz sye slalu nyanyi lgu ni time mlm

      Padam
    3. lagu ni sebenarnya memanggil semangat putri bunian tu.apa yg ditakuti ada cerita yang mengatakan semangat putri tu akan datang bila diseru..mungkin kalau kena gayanya dan penuh penghayatan

      Padam
  3. org kta lgu sebenar ulik mayang di xbole nyanyi .sy try nk cri lgu ori yg x cut tp xda

    BalasPadam
  4. Apa susah jika nak sangat lagu yang lengkap puteri adalah puteri sambungkan dari satu hingga ke puteri tujuh Last sekali
    Ku tahu asal usul mu
    Yang laut balik ke laut
    Yang darat balik kedarat
    Nasi berwarna hamba persembahankan
    Umbok mayang diumbok
    Umbok dengan jala jemala
    Pulih mayang ku pulih
    Pulih balik sedia kala


    BalasPadam

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!