Kenali Siapa Sebenarnya Ahmad Ammar Ahmad Azam,Pelajar Malaysia yang dimuliakan di Turki..

Kenali Siapa Sebenarnya Ahmad Ammar Ahmad Azam,Pelajar Malaysia yang dimuliakan di Turki..

Loading...
Kebelakangan ini, banyak perkongsian tentang kisah Ahmad Ammar Ahmad Azam di laman sosial terutamanya Facebook dan Twitter. Tetapi ramai juga yang bertanya siapa sebenarnya Ahmad Ammar Ahmad Azam ni. Untuk info, Ahmad Ammar telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Beliau dilanggar oleh sebuah ambulan ketika melintas jalan di Istanbul pada hari Sabtu 2 November 2013.
Biodata Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam
Beliau seorang rakyat Malaysia yang belajar di Turki. Beliau berusia 20 tahun adalah seorang pelajar yang cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki. Ahmad Ammar seorang ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang aktif dan bapanya Tuan Hj Ahmad Azam Abdul Rahman merupakan Presiden ABIM untuk tahun 1997-2005.
Di Turki, beliau sangat disenangi dan dihormati orang ramai kerana di usia yang muda, beliau banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Beliau juga banyak mengikuti pelbagai misi kemanusiaan seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam juga sangat disenangi kerana mempunyai budi pekerti yang baik, rajin, berdisiplin dan beliau juga dihormati rajin berdakwah untuk perjuangan Islam.
Video Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993 – 2013)
Melihat video di atas, pastinya ramai yang sebak dan mengalirkan air mata melihat perjalanan seorang anak muda berusia 20 tahun itu.




Beliau sangat dihormati di Turki, Allahyarham Ahmad Ammar disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul dan disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn di mana tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.

Al-Fatihah


http://www.nizarazu.com/

Catat Ulasan

3 Ulasan

jerit kat sini