Kenali Cikgu Idayu...Siapakah Dia?

Kenali Cikgu Idayu...Siapakah Dia?

Loading...



 Nama penuh Cikgu Idayu ialah Farita Idayu binti Jusoh. Beliau berasal dari Terengganu dan di awal penempatan, beliau juga pernah ditugas mengajar di Sarawak.

 Kemudian Cikgu Idayu bertemu jodoh dengan juga orang Terengganu, jadi beliau sekali lagi memohon perpindahan. Pertukaran berjaya, tapi ke negeri Johor, bukan Terengganu tempat suami bertugas.

 Maka bermulalah episod dalam kisah mereka, iaitu berulang alik suami ke tempat isteri dan isteri ke tempat suami. Dan perkara ini berlangsung selama 8 tahun! Setiap kali gagal juga, maka Cikgu Idayu akan terus berusaha buat rayuan. 

Tetapi masih berterusan gagal. Ini membuatkan Cikgu Idayu tertekan. Ditambah lagi dengan belum mendapat cahaya mata (mungkin sebab tidak tinggal sebumbung), maka tekanan tersebut telah menyebabkan Cikgu Idayu menjadi sangat tertekan dan difahamkan juga sedang mendapat rawatan akibat tekanan. 

 Saya yakin, sudah tentu lebih ramai lagi yang seperti Cikgu Idayu di luar sana. Masih terus-terusan menunggu bila akan adanya pengakhiran untuk satu penantian. 8 tahun tidak di samping pasangan, merupakan tempoh yang penuh dengan ujian dan cabaran. 

Seperti yang saya katakan pada entri sebelum ini, tidak ada mekanisma pertukaran yang jelas dan teratur. Bagi kes Cikgu Idayu, tempoh 8 tahun, serta status sudah berkahwin juga tidak memberi apa-apa kelebihan untuk beliau.

 Alasan tiada penempatan merupakan alasan yang tak berapa nak logik untuk diterima akal. Kalau tidak masakan masih ada guru yang berjaya kembali ke Terengganu saban tahun. Semoga dengan penyiaran kisah 

Cikgu Idayu di Utusan Online ini akan berjaya membuka minda pihak-pihak yang berkaitan dengan pendidikan dan pertukaran terutamanya. 

Sila pertimbangkan dan ambil tindakan segera akan isu pertukaran guru sebelum lebih ramai guru-guru yang memenuhi wad kesihatan mental!

http://www.cikguhailmi.com/

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Isu pertukaran ni mmg x pernah selesai kan. But kwn sy baru kawin, first time mtk trus dpt, tp ke Johor la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sungguh beruntung kawan anda...apa2pun tugas harus dilaksanakan sebaik mungkin walau dimana kita ditempatkan demi anak bangsa

      Padam
  2. saya dulu pun cam tu berbelas tahun juga berjauhan dgn kuarga...sampai anak pun ingat saya ni pilot...setiap mmgu gi ambik kat airport....demi kerjaya nat wat camner...akhirnya...........takleh citer la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedih juga bila berjauhan dgn keluarga,namun itulah pengorbanan besar seorang guru...insyaallah..pasti ada hikmah yang menanti disebalik pengorbanan guru

      Padam

jerit kat sini