Header Ads

Biola Yang Dimainkan di Kapal Titanic Akhirnya Dijumpai Terikat Dibelakang Mayat Pemiliknya

loading...


Violin yang dimainkan pemimpin band kapal Titanic selagi kapal mewah itu perlahan tenggelam telah terjual dalam lelongan seharga 1.4 juta dolar. 

Alat muzik gesek itu terjual Sabtu (19/10) segera setelah tawaran bermula pada sebuah rumah lelongan di bahagian selatan Inggeris.

 Rumah lelong itu mendedahkan tawaran yang menang berasal dari pembeli di Inggeris. Henry Aldridge and Son, rumah lelong yang mengkhususkan diri pada barang-barang peninggalan kapal Titanic, berkata jualan itu merupakan harga tertinggi di dunia untuk memorabilia berkaitan Titanic. 

Ketua juru lelong Alan Aldridge mengatakan biola itu menarik banyak minat kerana nilai sentimentalnya. "Alat muzik ini adalah ikon. 


Biola ini melambangkan keberanian sebagai sifat alami manusia, cara pemuda ini dan rakan-rakannya serta semua orang yang bersikap berani di atas kapal itu, bertahan dan melaksanakan tugas mereka sampai saat-saat terakhir?

Ujarnya. rumah lelong Henry Aldridge and Son menyatakan biola itu menarik minat pengumpul dari seluruh dunia. 

Pejabat-pejabat rumah lelong mengatakan mereka memerlukan masa tujuh tahun untuk memeriksa keaslian biola tersebut. Mereka mengatakan, biola itu milik Wallace Hartley, pemimpin kumpulan muzik band di kapal Titanic yang bermain himne, "Nearer, My God to Thee" ketika kapal mewah yang nahas itu perlahan tenggelam. 

Hartley dan semua rakannya dalam kumpulan muzik itu tewas. Biola itu diyakini dijumpai dibelakang, terikat pada mayat Hartley yang menbeku. 

Rumah lelongan tersebut mengatakan selama bertahun- tahun, alat muzik itu telah beralih tangan kepada beberapa orang, termasuk tunangan Hartley, yang meninggal pada 1939. 

Kapal Titanic sedang dalam pelayaran perdananya dari Inggeris selatan ke New York di Amerika ketika melanggar gunung ais dan tenggelam tarikh 15 April 1912. Lebih daripada 1,500 penumpang tewas.

                                                                Hartley Grave
Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.