Loading...
Putera Andrew, disangka pencuri di istana sendiri.
Tapi inilah yang berlaku. Andrew hampir dikira pencuri oleh polis yang berjaga di istana Buckingham.
Padahal, dia lahir pada tahun 1960 di Buckingham dan beribu di istana itu. Diberitakan CNN , Minggu 8 September 2013, insiden ini berlaku kira-kira pukul 6 petang, Rabu minggu lalu.
Saat itu, Andrew sedang berjalan-jalan di taman istana ketika langkahnya dihentikan dua orang polis. Dua polis ini menanyakan identiti Andrew.
Menurut laporan Polis Metropolitan Inggeris, kedua polis langsung meminta maaf ketika tahu yang ditanya adalah bos mereka sendiri.
Menghadapi hal ini, Andrew berbesar hati dan memaafkan kedua polis itu. "Polis punya tugas berat menjaga keselamatan keluarga istana dan mencegah adanya penceroboh, kadang mereka boleh salah," kata adik Putera Charles dan bekas suami Sarah "Fergie" Ferguson ini.
"Saya senang mereka meminta maaf dan saya boleh berjalan-jalan dengan aman di taman , "lanjutnya.
Namun, berita ini berkembang liar di media Inggeris. Beberapa agensi berita menuliskan bahawa Andrew diacukan pistol oleh kedua polis.
Salah satunya adalah The Sunday Express yang menuliskan "Dia diperintahkan angkat tangan dan diringkus di tanah"
.Berita ini dibantah pihak kepolisian yang mengaku lega kerana Andrew telah memaafkan mereka. "Kami bersyukur atas pengertian putera dan meminta maaf atas ketidakselesaan yang terjadi."
Istana Buckingham memang telah diperketatkan penjagaannya menyusul penyusupan oleh seorang pencuri awal minggu lalu.
Saat itu, lelaki tersebut berjaya memanjat pagar istana dan masuk ke dalamnya. Untungnya, polis segera menangkap lelaki yang hendak mencuri itu.
Penyusupan ini dianggap sangat serius, bahkan dibandingkan dengan penyusupan tahun 1982.
Saat itu, seorang lelaki boleh menyusup hingga keruangan tempat tidur Ratu Elizabeth. Mereka berdua akhirnya berbincang sebelum lelaki itu ditangkap polis.
0 Ulasan
jerit kat sini