Header Ads

Jin-jin Dipanah Melalui Hujan Meteor

loading...
Semalam dan juga hari ini sibuk orang mempekatakan tentang fenomena 'hujan Meteor' .

Langit akan dihiasi oleh cahaya-cahaya meteor yang semestinya terlalu indah untuk disaksikan. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu itu bukanlah dengan sia-sia. 

Apa sahaja yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Begitulah juga dengan fenomena 'Hujan Meteor' ini. 

Perhatikan dalam surah AL-MULK ayat 5, ia mungkin secara tak langsung menjelaskan sedikit fenomena ini; 

 "Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu PUNCA REJAMAN TERHADAP SYAITAN-SYAITAN; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.

Tidak mustahil, hujan-hujan meteor ini adalah antara tanda bagaimana Allah menunjukkan kekuasaannya merejam Syaitan yang dilaknat, apatah lagi Syaitan baru sahaja dilepaskan daripada belenggu pada bulan Ramadhan.

 Begitu ajaib Al-Quran ini. Benarlah Al-Quran ini sentiasa mendahului zaman dan pemikiran Manusia. Maha suci Allah yang menciptakan segala sesuatu itu, pasti ada pengajarannya jika manusia itu mahu berfikir.

 Hujan meteor berlaku untuk panah jin-jin yang nak intai catatan qada & qadar Allah di Luh Mahfuz. Meteor atau tahi bintang ni adalah cebisan api neraka sebenarnya.

 Cerita dari surah Hijr. Subhanallah. Wallahu'alam..

FENOMENA pancuran meteor kelihatan di ruang udara Sieversdorf, timur Jerman, malam tadi. 

Kemuncak hujan meteor dikenali sebagai Perseid dijangka berlaku bermula malam tadi. Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara ini sehingga subuh Selasa, 13 Ogos.

 Fenomena ini berlaku hanya 1000 tahun sekali . Allahuakbar Allah Maha Besar.
Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.