Loading...
VANCOUVER: Jika anda seorang lelaki dan mahu memikat wanita, jangan terlalu banyak tersenyum, sebaliknya lebihkan termenung serta menunjukkan sifat kemalu-maluan.
Menurut kajian, wanita menganggap lelaki yang riang kurang daya tarikan seks berbanding lelaki memaparkan sikap berbangga atau membayangkan pernah berbuat salah.
Kajian Persatuan Psikologi Amerika itu – diterbitkan semalam dalam jurnal Emotion – menunjukkan lelaki gemar tersenyum kurang menarik pada pandangan wanita.
Profesor yang mengetuai kajian itu, Jessica Tracy, berkata bagi lelaki pula, wanita yang gemar tersenyum lebih menawan. Bagaimanapun, kata Jessica, kumpulan pengkaji mengakui tidak pasti mengapa lelaki dan wanita memberikan reaksi berbeza terhadap senyuman.
“Bagi seorang lelaki, senyuman mungkin menampakkan sifat terlalu kewanitaan atau terdesak mahukan seks,” katanya. Hasil kajian itu juga menghangatkan pandangan bahawa wanita lebih berminat kepada lelaki nakal.
Kata Jessica, kajian itu hanya melihat kepada reaksi awal terhadap daya tarikan seksual dan tidak mencadangkan lelaki supaya kurang senyum. “Jika seseorang mahukan hubungan jangka panjang, banyak aspek lain diambil kira. – Reuters
Sumber : hmetro
hehe...jangan pulak terlalu serius,muka masam mencuka...sombong bodoh namanya tu...

0 Ulasan
jerit kat sini