Debaran seorang doktor menanti bayi merdeka

BUKAN angka yang menjadi ukuran namun debaran menyambut bayi ketika hari kemerdekaan merupakan antara momen indah yang tidak dapat dilupakan oleh seorang doktor. 

 Itulah perasaan yang dialami oleh seorang Pakar Obstetrik & Ginekologi (Perbidanan & Sakit Puan) dari Hospital Kuala Lumpur, Doktor Ramadas Rajagovallu sepanjang bertugas.

 Sepanjang berkhidmat selama 15 tahun beliau telah berjaya menyambut hampir 26 orang ‘bayi merdeka’. “Walaupun hanya 26 orang, namun ianya amat bermakna bagi saya. “Bayi ini istimewa kerana mereka lahir pada tarikh negara merdeka,” katanya dengan penuh bangga. Sementara itu, beliau berkata, sepanjang bertugas sebagai doktor, beliau telah menyambut lebih 5000 orang bayi. 

 Katanya, sepanjang tempoh bertugas, beliau tidak menafikan menyambut bayi pada tarikh 31 Ogos itu sendiri mempunyai sedikit kelainan berbanding hari biasa. “Perasaan saya penuh debaran, menanti detik 12 malam untuk menyambut kelahiran bayi kerana ia adalah sesuatu yang sangat indah dan saya tidak sabar menantinya. “Pertama kali melihat bayi, saya rasa sungguh bahagia, indahnya saat itu. 

 “Sebab itulah saya berusaha bersungguh-sungguh untuk memberi khidmat terbaik kepada ibu yang bersalin ,” katanya lagi. Ketika diminta mengulas mengenai erti merdeka bagi seorang doktor seperti beliau, katanya sebagai anak 

Malaysia beliau berbangga lahir di Malaysia lebih-lebih lagi dapat memberi khidmat pada 31 Ogos. “Kami sedia bertugas 24 jam. “Perasaan bangga timbul apabila kami (doktor) dapat menolong orang yang memerlukan lebih-lebih lagi pada hari bersejarah negara kita,” katanya. Pemegang ijazah perubatan dari Universiti Manipal, India telah berkhidmat di lebih empat buah hospital. 

 Menyingkap sedikit larat belakang kerjayanya, Ramadas berkata, beliau memulakan kerjaya sebagai doktor di India selama setahun. Selepas puas menimba pengalaman, beliau kemudiannya pulang ke Malaysia untuk menabur bakti di tanah airnya sendiri. 

 Ibarat sirih pulang ke ganggang, sekembalinya beliau ke Malaysia, beliau berpeluang berkhidmat di Hospital Aminah Johor, Hospital Daerah Kluang , Hospital Sultan Ismail dan sekarang di Hospital Kuala Lumpur. 

Sementara itu ketika ditanya mengenai cabaran paling sukar dilupakan ketika menjalankan tugas, beliau berkata, pernah berlaku satu kejadian apabila seorang wanita yang sedang melalui proses kelahiran, tidak semena-mena diserang sawan. “Fikiran saya ketika itu hanya memikirkan mengenai nyawa bayi dan ibunya. “Mujur saya berjaya mengawalnya,” katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Ketika Bini hamil... Suami Pulak Curang