Loading...
KUALA LUMPUR – Pasangan seks bebas, Alvin dan Vivian tiba pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pukul 10.45 pagi tadi di sini untuk memberikan keterangan berhubung poster “Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh… Wangi, enak dan menyelerakan!).
Poster berkenaan dimuat naik ke laman Facebook milik mereka baru-baru ini. Poster itu disifatkan banyak pihak sebagai mempersenda serta menjatuhkan maruah umat Islam.
Dalam poster yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook mereka, terpampang wajah mereka berdua sedang menjamu selera dengan kapsyen “Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh… Wangi, enak dan menyelerakan!)
Lantaran kejadian itu, Facebook menerima pelbagai laporan negatif terhadap pasangan tersebut dan bertindak untuk menutup akaun mereka secara kekal atau ‘permanent’. Terkini, jumlah wartawan yang menanti pasangan berkenaan habis memberikan keterangan di pejabat SKMM semakin ramai.

p/s...hhuurmm...muka x bersalah langsung
0 Ulasan
jerit kat sini