kebesaran Allah....Hebatnya Tamadun Semut

kebesaran Allah....Hebatnya Tamadun Semut

Loading...
kebesaran Allah..... semut yang kita selalu pandang kecil terhadap dia, tetapi lihatlah bagaimana kekuasaan Allah yang ada pada semut sekecil itu boleh membina sarang yang amat besar dan menakjubkan.....

. ini adalah sekumpulan sainstis menkaji, dan membuat kajian tentang apa yang mereka jumpa.... bagi ummat islam pula, semua ini telah diceritakan Allah dalam surah Al-Nalm (semut)...


MUSA AS DILANTIK MENJADI RASUL

 Ketika Musa as sekeluarga dari Madyan ke Mesir, isterinya pula sarat menunggu masa melahirkan anak. Musa terlihat kelibat api lalu mengejar sambil menenangkan keluarganya.

 Apabila dihampiri, suara entah dari mana datang itu tiba-tiba berbunyi, “Aku lah Allah Tuhan Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana, lontarkan tongkatmu,”

Tongkatnya bergerak dengan sendiri bertukar menjadi ular gergasi. Musa ketakutan melarikan diri tetapi suara itu menahan baginda.

“Tidak semestinya seorang Nabi yang dilantik melarikan diri.” Setelah Musa dilantik menjadi Rasul, Musa menunjukkan mukjizat anugerah Allah kepada FirAun dan tenteranya.

 Tangan Musa kemudian menyinari sehingga menyilaukan mata yang melihat. Sayangnya mereka menganggap itu sihir dan tidak beriman kepada Allah dan RasulNya.


PENGEMBARAAN SULAIMAN AS

 Hamparan sulaman jin dan syaitan untuk Sulaiman as Nabi Daud as dan salah seorang dari 19 anak baginda iaitu Nabi Sulaiman as dianugerahkan mampu memahami makhluk lain selain manusia.

 Burung hud-hud digunakan Nabi Sulaiman untuk mencari air. Setelah air dijumpai, jin dan syaitan dikerahkan supaya menggali air.

Apabila Nabi Sulaiman ingin bergerak, jin dan syaitan menyulam hamparan sebagai kenderaan terbang. Burung-burung pula berteduh di bawah hamparan ketika sesi penerbangan.

Ketika melintasi Madinah, Allah memberitahu Sulaiman inilah tempat Nabi Agung Akhir Zaman atau Penghulu segala Rasul iaitu Muhammad saw yang berhijrah dari Mekah.


Ketika Sulaiman mendarat. Raja Semut mengarahkan supaya segera menyelamatkan diri kerana bala tentera Sulaiman dengan pelbagai jenis kenderaan akan melalui kawasan mereka.

Angin memberitahu Sulaiman dan baginda tersenyum lalu menghentikan sementara bala tenteranya. Raja Sulaiman kemudian memanggil Raja Semut supaya tidak perlu mengarahkan semut melarikan diri kerana baginda adalah Raja yang adil.

Raja Semut menjelaskan sekalian semut tidak takut dipijak oleh tentera Sulaiman tetapi sebenarnya takut leka dari berzikir pada Allah akibat kelalaian melihat kehebatan Sulaiman dan tenteranya.

Raja Sulaiman bersyukur. “Wahai Tuhanku, aku syukur kepada Allah di atas kurniaan kelebihan pada bapaku dan daku. Syukur kerana pengajaran Allah melalui makhluk semut ciptaan Allah ini.”



09-03-05 Tafsir Nurul Ihsan jilid 3 surah AnNalm 20-36 ms 176

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Sungguh Allah Maha Besar dan Maha Suci Allah dari segala sesuatu.

    BalasPadam
  2. cerita yang best. Nilah agaknya yg disebut2 permaidani terbang tu. Tapi soheh ke ceritanya?

    BalasPadam
  3. The ideas are great and I will certainly be using more than one of them.
    best maternity jeans

    BalasPadam

jerit kat sini