Loading...
ORANG ramai memijak gambar masjid yang dilekatkan di atas lantai di sebuah pusat beli-belah di Banda Hilir, Melaka semalam.
MELAKA - Pengunjung sebuah pusat beli-belah di Banda Hilir di sini kesal apabila gambar masjid dilekatkan di lantai premis tersebut bersama-sama ucapan selamat hari raya. Ini kerana masjid yang digunakan sebagai tempat beribadat bagi masyarakat beragama Islam dianggap sesuatu yang suci dan tidak sepatutnya gambar institusi berkenaan diletak di lantai dan dipijak pengunjung yang lalu lalang.
Seorang pengunjung, Yahya Abd. Razid, 42, berkata, gambar berkenaan telah diletakkan di lantai sejak seminggu lalu, namun dia baru menyedari perkara tersebut. "Saya memuji langkah pihak pengurusan pasar raya meletakkan ucapan selamat hari raya bagi memeriahkan lagi sambutan.
"Bagaimanapun, meletakkan gambar masjid bersama-sama di lantai tidak sesuai dan dianggap sebagai suatu penghinaan kepada agama Islam," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Seorang lagi pengunjung, Halim Samsuddin, 34, masjid adalah tempat ibadat orang Islam dan dianggap sesuatu yang suci. "Gambar masjid tidak sesuai diletak di atas lantai kerana ia dipijak oleh orang ramai yang melalui kawasan ini. "Jika diletak di dinding lebih sesuai kerana tidak akan dipijak," katanya.
Dalam pada itu, pengunjung, Khairul Arif Abdul Hakim, 25, berkata, terdapat sekurang-kurangnya lima gambar berkenaan diletak di pintu masuk pasar raya. "Ramai yang tidak menyedari terdapat gambar masjid bersama-sama ucapan kerana mereka tidak memandang ke bawah ketika berjalan.
"Saya harap pihak pengurusan pusat beli-belah ini segera menanggalkan pelekat gambar masjid itu," katanya.
P/s apa sudah jadi??

3 Ulasan
beginilah jika jahil dan tidak sensitif dgn agama islam..
BalasPadamWanita Ini | Tazkirah
akak pun x paham,takkan pihak berkuasa terlepas pandang ttg perkara ni..mana dorang??
Padamni mst kt dataran pahlawan..emm
BalasPadamjerit kat sini