CELIK IT PADA USIA 40, SEMAKIN MAJU ATAU HURU-HARA?

CELIK IT PADA USIA 40, SEMAKIN MAJU ATAU HURU-HARA?

Loading...

Sudah semakin ramai yang celik IT bahkan bergelar ‘IT Savvy’! Sebut saja; facebook, chatting, whatsapp, tagged, twitter, dan sebagainya, semua dalam genggaman!

 KEBAIKAN CELIK IT
Jika dahulu, pengguna gajet dan Internet ialah golongan muda sahaja tetapi kini tidak lagi. Perhatikan di kiri dan kanan. Semakin ramai golongan berusia yang menggunakan telefon pintar yang mahal-mahal. Bukan setakat untuk membuat dan menerima panggilan, bahkan mereka juga mempergunakannya sebaik mungkin.

Ke mana-mana sahaja pasti ditemani telefon pintar. Malah ada yang sentiasa mengemas kini status mereka di laman facebook dan twitter! Sebenarnya perkembangan itu cukup bagus kerana kini golongan berusia tidak lagi ketinggalan.

 PENGAKUAN 1 "24 jam online...” – Hanita Haji Kassim
 Saya mula mengenali facebook kira-kira dua tahun lalu melalui kawan baik saya, Mazlon dan terus tertarik untuk mencuba. Sejak itu saya memang pengguna tegar yang setia. Mula-mula memang saya tidak pandai.

Maklumlah saya bukannya pandai IT macam orang muda. Tapi saya belajar dan sentiasa meminta tunjuk ajar daripada orang yang lebih arif. Selalunya anak saudara dan kawan-kawanlah yang jadi guru saya. Kalau ada masalah ataupun yang saya tidak faham, mereka jadi rujukan saya.

 Untuk belajar tu saya tak berkira tentang duit. Tapi mula-mula saya beli komputer riba terpakai saja supaya senang untuk saya cuba itu ini. Kalau rosak pun tidaklah rasa terkilan.Apabila sudah pandai sikit barulah saya beli yang baru. Apa keseronokannya? Memang amat menyeronokkan!

Antara yang paling penting facebook teman setia saya setiap hari. Saya berniaga makanan dan banyak masa dihabiskan di tempat berniaga. Ketika pelanggan kurang, misalnya selepas waktu makan tengah hari, ia jadi teman saya. Sambil kerja sambil layan facebook.

Taklah bosan, bukan? Satu lagi yang seronoknya ada facebook ini dapatlah saya mengetahui apa yang berlaku di sekeliling dengan cepat melalui status kawan-kawan. Saya sendiri pun memang rajin update status. Sampai kawan-kawan gelar saya CNN.

Namun rasanya yang paling saya suka tentang facebook ini ialah ia menemukan saya dengan kawankawan lama, sama ada kawan sekolah rendah, menengah mahupun kawan-kawan sekampung. Alhamdulillah, banyak kawan yang telah menghilang dapat saya temu semula sejak aktif di facebook.

 Lebih menggembirakan kami telah beberapa kali mengadakan majlis reunion diikuti dengan beberapa perjumpaan lain seperti majlis hari raya, bermain boling dan karaoke. Selain kumpulan bekas teman sekolah, saya ada beberapa kumpulan lain seperti kumpulan line dancing, Gempak Wanita UMNO dan Kelab Mawarku.

Sehingga kini jumlah kawan saya di facebook memang banyak. Saya ada juga menerima permohonan menjadi rakan daripada orang di luar negara tetapi saya tak pernah terima. Takut juga sebab banyak kes penipuan yang terjadi sekarang ini.

 Saya kena berhati-hati juga. Berapa banyak masa saya habiskan untuk facebook sehari? Ha, jangan terkejut... sepanjang masa celik saya! Facebook saya boleh dikatakan on 24 jam. Tak pernah off. Bangun pagi perkara pertama yang saya buat ialah tengok facebook dulu. Saya memang tak pernah merasa jemu. Malah hidup rasanya tidak lengkap kalau sehari tak update status!

 PENGAKUAN 2 “Bertemu Kawan Lama di FB” – Nor Anizan
 “Saya memang tidak pernah ambil tahu tentang facebook sehinggalah saya diperkenalkan kepadanya oleh adik pada penghujung tahun 2009. Minat untuk aktif jadi subur apabila disapa oleh teman-teman sekolah lama. Rupanya mereka sudah lama cuba menjejaki saya sebab ada rancangan mengadakan reunion.

 Sejak itu memang saya sentiasa menggunakan facebook sebagai wadah untuk berhubung dengan teman-teman lama, terutama dari Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS). Maklum sahaja sejak meninggalkan bangku sekolah dahulu saya memang terputus hubungan dengan kebanyakan mereka.

 Lagi satu yang baiknya tentang facebook ini ia adalah cara paling pantas dan murah untuk berkomunikasi dengan kawan-kawan. Selain itu saya dapat berkongsi ilmu dan maklumat dengan kawan-kawan. Biarpun suka ‘berfb’, saya tidaklah menghabiskan masa yang banyak untuk itu.

 Sehari hanya sekitar dua atau tiga jam saja saya melayan facebook. Bagi saya kita kenalah mengehadkan masa untuk aktiviti ini agar tidak menjadi satu pembaziran dan sia-sia. Lagipun saya pun bukanlah rajin sangat update status. Saya hanya melakukannya mengikut keadaan dan kesesuaian sahaja. Saya juga tidak mudah menerima kenalan baru, apa lagi jika orang itu tidak saya kenali.

Teman-teman saya di fb, selain daripada teman kerja dan kenalan, ialah bekas kawan-kawan sekolah. Saya amat-berhati-hati dan tidak mendedahkan identiti saya kepada orang lain, terutama yang tidak dikenali. Maklumlah sekarang ini banyak sangat kes pencerobohan identiti di Internet.

Jadi saya kena berhati-hati. Apapun saya rasa kemajuan teknologi ini memang ada kebaikannya. Macam facebook, ia boleh jadi terapi minda terutama apabila stres.

 PENGAKUAN 3 "Mulanya nak pantau anak…” – Puan S
 “Saya mula mengenali laman facebook dan chatting beberapa tahun dahulu. Itu pun anakanak yang ajar dan buatkan akaun facebook saya. Memang seronok kerana dapat jumpa kembali dengan rakan-rakan lama di mana-mana sahaja mereka berada.

Pada mulanya saya minta anak buka akaun fb untuk pantau kegiatan dia. Faham-fahamlah apabila friends dengan anak sendiri, dapat risik kegiatan mereka. Tup-tup terus melekat. Saya berkenalan dengan seorang lelaki muda.

Mulanya saya layan sekadar untuk suka-suka saja. Lama kelamaan kami jadi rapat kerana dia tempat saya meluahkan perasaan apabila bengang dengan suami. Maklumlah, suami asyik sibuk dan anak-anak pula buat hal masing-masing. Saya kesunyian di rumah. Dia pula seorang lelaki yang romantik dan membuatkan hati saya kembali berbunga dan rasa muda.

Akhirnya dalam diam, saya menjalinkan hubungan cinta dengannya. Saya tahu dia sudah berkahwin tapi saya tidak kisah kerana saya hanya ingin menumpang kasih sayangnya. Bahkan walaupun tak pernah bersua, sayang punya fasal saya sering kali menghulurkan duit kepadanya apabila dia kesempitan wang.

Maklumlah ada lima cahaya mata yang masih kecil. Saya tak kisah dan tumpang simpati dengan kepayahannya membesarkan anak-anak. Hinggalah satu hari saya dapat satu mesej di fb daripada seorang wanita yang rupa-rupanya isteri kekasih gelap saya itu. Saya ditipu hidup-hidup kerana lelaki itu sebenarnya sudah banyak kali menipu wanita berusia yang kesunyian di fb dan saya bukan mangsa pertama.

Saya telah berjumpa dengan wanita itu untuk kepastian. Ya, dia telah membawa foto-foto dia sekeluarga. Rupa-rupanya lelaki itu penganggur dan isterinya yang menyaranya selama ini. Pendapatannya adalah menerusi mengikis duit wanita lain.

Menurut wanita itu, dia tidak mahu saya terus tertipu dengan sikap suaminya itu. Walaupun pedih, saya bersyukur kerana tersedar daripada mimpi pada siang hari. Sejak itu saya cukup berwaspada dan berjanji pada diri sendiri saya takkan tertipu lagi.

Nasib baik hubungan kami masih belum terlalu jauh. Saya juga dihimpit rasa berdosa terhadap suami. Kalaulah dia tahu…”

  P/s.....sedikit petikan dari bloggamar.com 

 Berkawan dengan bekas kekasih di laman mukabuku? 
what??? 
giler apa! 

 Ramai yang tidak bersetuju bila diajukan dengan soalan sebegini.  Jika perpisahan  itu berlaku dengan baik dan tiada dendam serta masing-masing redha dengan perpisahan yang berlaku tidak salah jika terus bersahabat kan? 

 Ramai di antara kita sukar untuk bertemu dan bercakap dengan bekas kekasih kerana merasakan luka lama akan berdarah kembali.

 Jika kamu rasa hati tidak akan tenang dan akan memberi kesedihan kembali kepada hati maka jangan lah berhubung lagi. Jika kedua kamu ikhlas bersahabat walau hubungan tidak mampu diselamatkan apa salahnya kerana pasti kalian lebih memahami antara satu sama lain. 

Walau kamu mahupun dia mungkin telah menemui pengganti, tetapi jika persahabat yang masih utuh itu lahir tanpa perasaan cinta antara kamu dan dia apa salahnya diteruskan. 

Cuma perlulah ada jarak yang membataskan kamu dan dia kerana kalian bukan pasangan yang bercinta lagi sebih-lebih lagi kalian perlu menjaga hati pasangan baru kalian berdua kan? Ada buruknya juga masalah ini. Jika kalian masing-masing telah berkahwin dan masih bersahabat. 

Adalah merbahaya jika kasih yang lama berbunga kembali jika sering berhubung dan bercerita tentang kehidupan terkini kalian berdua. Disarankan jika kalian ingin bersahabat perlulah pasangan kalian mengetahui hubungan akrab tersebut tanpa perlu berselindung.

 Ikhlaskan hati dalam persahabatan yang terjalin. Jangan ada perasaan ingin membalas dendam atau merebut kembali si dia dari pasangan barunya…wallahua’lam

Catat Ulasan

0 Ulasan