Cinta Monyetkah Atau Cinta Berukkah?

Cinta Monyetkah Atau Cinta Berukkah?

Loading...
Kelakar??Ntah ler...macam2 peel budak2 zaman skrng bercnta... Kalau zaman akak dulu le,kalau gaya bebudak bercinta,org kata cinta monyet,tapi mak akak kata,,ni bukan cinta monyet,ni cinta beruk.. Gatalnya sekejap je,merenyamnya pun sekejap jer... Tak dinafikan, kemahiran meng-edit video oleh remaja berusia 15 tahun ini boleh tahan juga. Dari lagu latar yang kami kira sangat bersesuaian dengan mood dan temanya, gadis ini berjaya menarik lebih 27 ribu jumlah tontonan di laman Youtube.
Rasanya, sudah ramai yang tahu tentang video ini kan? Bagi yang tak tahu , video bertajuk ‘Budak baru nak up.. Cess..~ (T_T) – Ery Oh Ery‘ ini telah dimuatnaik oleh seorang pengguna Youtube dan ia sebenarnya mengenai seorang remaja perempuan yang meluahkan rasa cintanya pada kekasihnya, Ery. Video berdurasi 2.41 minit ini bukan saja menunjukkan remaja ini menyanyi, malah dia turut meluahkan janji-janjinya. 

Menariknya, video ini dibuat selepas satu minggu mereka bercinta dan kami pasti, sehingga kini, remaja ini pasti sedang hangat bercinta dengan Ery.

Inilah Ery, teman lelaki remaja wanita ini. Betulkan kalau silap, tapi memang ada bunyi hair-dryer ketika remaja ini menyanyi kan? Namun, jika anda rasa video ini sudah cukup popular, anda silap.

 Kerana video parodi ‘Budak Baru Couple Seminggu‘ telah mencatat lebih 30 ribu jumlah tontonan walaupun baru saja dimuat-naik semalam. 

Menarik kan? Berdurasikan 2.36 minit, video parodi ini sangat mencuit hati dan ia turut menyelitkan video klip yang kami kira lebih lucu dengan penampilan kerbau.




                                                       senyum sorang2 tgk klip video ni..:)

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. jadi bahan dah budak ni, kesian pun ada jugak tengok dia...tapi tulah...huuuuu..sendiri cari penyakit ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. dengar khabarnya budak ni mintak tlg deletekan youtube ni...kesiaaan

      Padam

jerit kat sini