Header Ads

Pokok Ini Menjerit Bila Haus

loading...
SEKUMPULAN saintis Eropah percaya, mereka berjaya merakamkan bunyi jeritan pokok yang sedang dahaga.

Seorang pakar mendedahkan, hasil kajian mereka mendapati, pokok-pokok yang hidup menghasilkan bunyi ultrasonik sewaktu menyerap lembapan di musim kering.

"Lagi banyak lembapan diserap, lagi kuat bunyi ultrasonik dikeluarkan.

Namun, bunyi berkenaan 100 kali lebih pantas daripada pendengaran manusia," kata ketua pengkaji, Philipe Marmottant.

Penyelidik dari Universiti Grenoble, Perancis itu turut percaya, tumbuhan yang bernyawa dengan karbon dioksida mampu memperlahankan proses penyerapan dan mengurangkan julat ultrasonik di udara. Menurut laporan MailOnline.

                                
Pokok adalah sebahagian ekosistem utama dan hidup dengan menyerap air, karbon dioksida serta cahaya matahari.

p/s Saya selalu lihak mak siram pokok yang dah tua mahupun pokok2 yang dah besar,bila saya kata,"Tak payahlah siram pokok2 tu,akar dia dah boleh menyerap air sendiri kat dalam nun..

Tapi mak jawab balik...kesian...pokok ni dahaga,bagi la dia minum sikit...dia pun makhluk Allah juga..
Terdiam saya...malas nak layan cakap orng tua...
tapi akhirnya saya faham maksud dia..


Sesungguhnya benarlah kata orang tua2,mereka lebih dulu 'makan garam' dari kita,kata2 mereka ada benarnya.


Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.