Header Ads

Komen Bavani mengenai Isu Adam Adli yang telah menarik tumpuan ramai generasi muda

loading...
Isu Adam Adli : Apa kata generasi muda dan penganalis ?

                          
KUALA LUMPUR, 21 Mei : Isu penangkapan aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim mencetuskan pelbagai kontroversi. Malah pelbagai pihak termasuk genersai muda mula memberikan pandangan mereka berhubung isu tersebut kepada The Malaysia Times (TMT) secara terbuka .

Berikut laporan yang disediakan Wartawan TMT, ANIS SHUHAILA

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Jayum Jawan menegaskan kepada sesiapa sahaja yang melanggar undang- undang wajar diambil tindakan sekeras- kerasnya termasuk aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang Adam yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kenyataanya yang menghasut orang ramai untuk menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan yang dibuatnya baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, katanya Adam juga harus diberi peluang untuk mempertahankan dirinya tentang kenyataan yang dibuatnya itu.

“Bagi saya tindakan yang dikenakan terhadap mereka sekarang ini memang patut disebakan permasalahan yang dibawa oleh mereka,”

“Tidak salah untuk kita mahu menukar kerajaan tetapi ianya mestilah dibuat mengikut cara yang betul iaitu ketika dalam Pilihan Raya dan bukannya dengan mengadakan demonstrasi jalanan seperti ini.

Menurutnya lagi, pelbagai cara yang boleh pakatan pembangkang lakukan untuk mereka menyampaikan pandangan rakyat selepas berakhirnya Pilihan Raya.

“Contohnya seperti menemui wakil rakyat atau pun membawa suara rakyat itu ke Parlimen,” ujarnya, kepada TMT.

Selain itu, katanya perhimpunan yang pihak pembangkang cuba lakukan dengan tidak mematuhi undang- undang itu tidak akan pergi jauh.

“Sampai bila mereka hendak buat seperti itu.”

“Sampai satu masa nanti, saya percaya mereka harus mencari jalan lain untuk meneruskan apa yang mereka mahu,” katanya .

Pandangan generasi muda

                        
                                         Nashrul Ikram Basri

Bagi Perunding Kewangan, Nashrul Ikram Basri berkata tindakan yang diambil oleh Adam Adli dengan melakukan demonstrasi jalanan baru- baru ini dianggap sebagai satu tindakan yang berani untuk menegakkan unsur- unsur penipuan yang dilakukan oleh kerajaan.

“Saya rasa dia bukan hendak menggulingkan kerajaan tetapi dia melakukan itu berdasarkan bukti yang ada dengan apa yang dia nampak,”

“Sekarang ini kalau kita lihat dunia ini di kuasai media sosial yang dipenuhi penuh dengan pelbagai unsur termasuk penipuan.,” katanya ketika dihubungi TMT.

Selain itu, Nashrul juga berkata sekiranya kerajaan tidak ada melakukan penipuan, sudah pasti anak- anak muda sekarang boleh menerima kerajaan.

Tambahnya lagi, perhimpunan yang dilakukan oleh pakatan pembangkang bukanlah untuk menghuru- harakan negara tetapi untuk menyampaikan pandangan rakyat.

Ini kerana, katanya keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lepas telah jelas menunjukkan kemenangan di kawasan bandar dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

“Jadi, ini telah menunjukkan orang bandar nampak apa yang kerajaan buat dan bagi yang tinggal di luar tidak nampak dan hanya mengikut apa jua rentak kerajaan,” tegasnya.

Sementara itu, Pelajar Institusi Swasta K.Logan 24, berkata jika negara ini mengamalkan demokrasi, apa yang dilakukan oleh Adam itu tidak salah kerana sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi rakyat mempunyai hak untuk bersuara.

“Bagi seorang generasi muda seperti Adam, saya berpandangan beliau seharusnya bersikap rasional dan bersedia berdepan dengan sebarang tindakan seperti itu kerana ianya juga boleh menggugat ketenteraman awam.”

“Jadi, saya yang juga generasi muda berpandangan kerajaan tidak seharusnya mengambil tindakan keras terhadap Adam kerana dia telah menyuarakan hak dia sebagi seorang rakyat,” katanya ketika ditemubual TMT.

Bagi Logan, sepatutnya Adam diberi peluang untuk dia memperbetulkan keadaan yang sebenar.

Selain itu, Loga juga menegaskan kepada pihak pembangkang supaya tidak menyalah gunakan kuasa generasi muda semata- mata untuk permainan politik mereka.

Sementara itu dalam lama media sosial Facebook, seorang remaja bernama Bavanie Suppiah mencabar pihak polis menahan semua orang yang menyokong dan memiliki pandangan yang sama seperti Adam Adli.

                                    
                                                         Bavanie

Bavanie turut menyiarkan gambarnya yang sedang memegang sepanduk yang tertera tulisan “ I am Adam Adli , Put me in jail too”.

Berikut adalah komen Bavani dalam Facebooknya yang telah menarik tumpuan ramai generasi muda :

Isn’t it a shame to arrest a 24 year old boy? Who only wants justice and equity to be restored? We all want the same. We all share the same comments. Why don’t you arrest all of us? We are all ‘hasuting‘ each another. My name is Bavanie a/p Suppiah and My IC num : 900212-14-6604

Pada 18 Mei lalu, Adam Adli ditahan di lokap Balai Polis Jinjang bersabit dengan satu siatan di bawah seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh pada Ahad mengesahkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang sedang digantung itu ditahan reman sehingga Khamis ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan seorang Majistret di Balai Polis Jinjang, tengah hari semalam.

“Adam Adli ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang menghasut orang ramai menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan yang dibuatnya baru-baru ini,” katanya.

Dalam satu forum pada 13 Mei lalu, Adam Adli dilaporkan telah mencadangkan untuk mengadakan demonstrasi jalanan, dengan berkata:

“Pilihan raya dapat menyingkirkan kerajaan, kuasa rakyat yang akan dapat melakukannya.” -TMT




http://www.themalaysiantimes.com.my/
Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.