Anwar Buat Persediaan Lari Ke Israel?Ya Ke Tak Ni?

Anwar Buat Persediaan Lari Ke Israel?Ya Ke Tak Ni?

Loading...
Setelah mengetahui Pakatan Rakyat (PR) akan tewas dan mungkin didakwa dalam insiden Lahad Datu, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dikatakan sedang melakukan persediaan untuk melarikan ke luar negara.

Beberapa dokumen yang diperoleh dari pihak yang rapat dengan beliau memperlihatkan Anwar memilih Israel sebagai lokasi untuk menyelamatkan diri.

Hakikat perkaitan Anwar dengan Israel dapat dikesan kepada dokumen terperinci jadual perjalanan beliau pada 1 hingga 10 Februari 2012.

Selain itu, dokumen berkaitan visa dan borang laluan keselamatan khas Israel turut diperoleh melalui sumber kepercayaan beliau.

Anwar telah berlepas ke Istanbul pada 1 Februari dan tiba di sana pada 2 Februari bagi menyampaikan syarahan bertajuk isu ‘Arab Spring, Islam and Democracy’ di Pejabat Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Pada 3 Februari, beliau memulakan aktiviti lawatan ke Research Centre for Islamic History, Art and Culture (IRCICA) dan kemudian pada jam 4 petang beliau mengadakan mesyuarat bersama Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu dan meneruskan mesyuarat pada jam 9 malam bersama Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Pada 4 Februari, beliau telah berlepas ke Ankara bagi mengadakan perjumpaan bersama Menteri Kewangan Turki, Mehmet Simsek, President Turki, Abdullah Gul dan Ketua Penasihat Perdana Menteri Turki, Ibrahim Kalin.

Dalam jadual tersebut, Anwar dikatakan berlepas ke Jeddah pada jam 8 malam dan tiba di Jeddah pada jam 2 pagi.

Kemudian, beliau melakukan umrah bersama Wan Azizah dari jam 3 hingga 5 pagi.

                                  

                                    

Menjadi kemusykilan apabila berdasarkan dokumen tersebut, tiada penerbangan ke Mekah (Jeddah) yang berlepas pada jam 8 malam dan tiba jam 2 pagi dari Turki.

Ini telah menimbulkan persoalan sama ada benarkah Anwar melakukan umrah. Bagaimana beliau boleh sampai ke Mekah jika tiada penerbangan pada waktu yang tertera dalam jadual lawatannya itu?

Mengenali cara Anwar dan Wan Azizah, kalau mereka buat umrah, sudah tentu gambar di sana akan dimuat naik ke mana-mana medium sosial seperti blog atau facebook.

Anwar bukanlah jenis zuhud sangat bila datang tang nak meraih simpati politik. Kalau gambar tu boleh jual dan dapat perhatian rakyat, dia mesti bagi orang tengok punya.

Risikan pihak berkuasa mendapati bahawa kehilangan Anwar selama 6 jam itu adalah kerana beliau mungkin ke Tel Aviv pada waktu tersebut dan bukannya Mekah.

Mengikut analisis, berkemungkinan Anwar menghabiskan masa beberapa jam di Tel Aviv bertemu dengan pegawai-pegawai tertinggi negara itu.

Anwar dipercayai telah memaklumkan secara peribadi dan bersemuka akan keperluan untuk negara itu menerima beliau andai kata pakatan pimpinannya gagal dalam rancangan untuk menguasai negara ini.

Kami pun agak sukar mempercayai perkara ini pada asalnya, namun salinan dokumen yang diberikan menjadikan kami terpaksa menerima hakikat Anwar sedang melakukan persediaan untuk melarikan diri.

Penerimaan Anwar di Israel diperkukuhkan dengan adanya rakaman sebuah gereja di Israel yang sedang melakukan sembahyang khusus untuk pakatan menang.

Ini mencerminkan betapa Anwar popular dan pasti akan menerima tempat di Israel.

Apa pun, anda lihat sendiri jadual perjalanan Anwar dan bandingkan.

Lagi foto di My Newshub

Catat Ulasan

0 Ulasan