Kes 'belasah ketua tingkatan'...Ini ceritanya...

Kes 'belasah ketua tingkatan'...Ini ceritanya...

Loading...
Kejadian ini menarik perhatian ramai sejak dua tiga hari lepas, selepas video seorang pelajar kena belasah beramai-ramai oleh kumpulan pelajar lain tersebar di internet.

                         

Video tersebut asalnya dimuatnaik di laman youtube dengan tajuk 'Ketua Tingkatan kena belasah' tapi berikutan komen-komen negetif yang diterima, ia dipadamkan.

Namun ada yang sempat save dan tersebar di facebook. Video yang memaparkan aksi pelajar kena belasah tanpa melawan itu menyebabkan ramai yang 'panas hati.

Berikutan tersebarnya video tersebut, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang terpaksa buat kenyataan.

Rupa-rupanya, tiga pelajar Sekolah Menengah Seberang Jaya, Pulau Pinang itu telah dikenakan tindakan buang sekolah setelah didapati bersalah memukul seorang pelajar lain di sekolah berkenaan.

Menurut Pengarah Jabatan Pelajaran Pulau Pinang, Ahmad Tarmizi Kamaruddin mereka dikatakan berang dengan tindakan mangsa, yang juga ketua tingkatan, yang mahu membuat laporan kepada guru kerana mereka membawa telefon bimbit ke sekolah.

Katanya dalam kejadian pada 4 Mac lalu, tiga pelajar terbabit bertindak merancang bersama beberapa pelajar lain dan membelasah mangsa di sekolah.

Kejadian itu dirakam dan tersebar luas dalam laman Youtube sejak beberapa hari lalu dan mendapat komen negatif daripada orang ramai.

"Susulan kejadian itu pihak pengurusan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah menjalankan siasatan serta membuat keputusan membuang tiga pelajar terbabit sejak 8 Mac lalu kerana melanggar peraturan sekolah," katanya.

Bagaimanapun, katanya, pelajar berkenaan masih diberi peluang merayu untuk meneruskan semula persekolahan dan mereka perlu melalui beberapa prosedur termasuk membuat aku janji sebelum diterima meneruskan semula persekolahan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian terbabit.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan bahawa pihaknya sudah membuka kertas siasatan berkaitan kejadian itu menurut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merusuh.-



Masyaallah..apa nak jadi budak2 sekarang..



Agendadaily

Catat Ulasan

2 Ulasan

jerit kat sini