Header Ads

Updated:Foto Allahyarham Inspektor Zul Di Perbatasan

loading...
Merpertahankn kedaulatan negara mati syahid jd berbangga la kamu sebagai isteri, anak 2 dan keluarga nya


                                       
                                       Arwah INSP ZUL (Berdiri paling kiri)..

Biodata Arwah:
Allahyarham Zulkifli, yang berasal dari Kampung Kubang Ikan, Besut, Terengganu, meninggalkan seorang isteri, Noraziah Noor dan dua anak lelaki berusia empat dan satu tahun.

Updated terkini:
Jenazah dua anggota komando polis pasukan gerakan khas 69 Komando yang terkorban dalam pertempuran dengan sekumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Lahad Datu, Sabah, hari ini, diterbangkan ke ibu negara malam ini.

Penerbangan itu dijadual tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dekat sini, pada kira-kira 11.30 malam, kata Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yusof kepada Bernama.

Anggota terkorban yang berkhidmat di Kem Ulu Kinta itu ialah Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46.


                              
Sementara Allahyarham Sabarudin meninggalkan seorang isteri, Nurunisa Abu Bakar, dua anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Allahyarham berasal dari Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor dan alamatnya kini adalah di Kem Polis Komando Ulu Kinta, Perak.

Tiga anggota komando polis yang cedera dalam kejadian itu ialah Koperal Mohd Tarmizi Hashim, 32, Koperal Azman Ampong, 39, dan Konstabel Mohamad Qaiyum'aiqal Zolkifli, 22.

Ramli berkata Mohd Tarmizi cedera di tangan dan kaki manakala Azman yang cedera di paha dan punggung, kini dirawat di Hospital Lahad Datu.

Sementara Mohamad Qaiyum'aiqal yang cedera di bahu kanan dan kedua-dua kaki kini ditempatkan di Hospital Sandakan, katanya. - BERNAMA

Takziah kepada keluarga allahyarham....
moga roh nya di cucuri rahmat...
AL-FATIHAH....AMIN.....!

p/s Nabi pesan, jika diuji, bandingkan dengan orang lebih susah, maka kita akan menjadi orang yang bersyukur serta bersabar, dan bila bersyukur, Allah akan tambah nikmat, bila bersabar, Allah ganti dengan perkara yang lebih baik.

Loading...

5 ulasan:

  1. Kesian. Moga ditempatkan bersama org org beriman.

    BalasPadam
  2. Innalillah..semoga roh mrka dicucuri Rahmat..

    BalasPadam
  3. takziah buat family arwah.moga mereka tabah

    BalasPadam
  4. Al-fatihan
    Pengorbanan mereka tidak sia-sia. Jika niat demi Agama, Syahid ganjarannya.

    BalasPadam

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.