Pasukan keselamatan dan polis telah membunuh ahli sendiri??

Pasukan keselamatan dan polis telah membunuh ahli sendiri??

Loading...
                              
Tuduhan demi tuduhan terpaksa dihadapi oleh pihak bertugas dalam insiden Lahad Datu ini. Tuduhan terbaru mengatakan pasukan keselamatan dan polis telah membunuh ahli sendiri dan gambar ini mula tersebar hari ini.

Dengan menyamakan glove, boots, dan lain-lain lagi bagi saya itu adalah tindakan yang kurang bijak kerana seperti mana kita ketahui, itulah pakaian asas pasukan keselamatan. Seperti yang kita ketahui juga askar sulu ini disediakan kelengkapan yang lengkap (senjata, uniform seperti glove dan boots). Untuk pengetahuan juga, mayat ini adalah mayat sebelum op daulat dijalankan. (1st attack).

Masihkah anda ingat, penceroboh pernah meminta sedikit masa untuk mereka mengebumikan mayat askar mereka dan mereka menganggap ini perjuangan syahid (mungkin sebab itu mayat ini dikebumikan sebegini rupa seperti didalam gambar).

Tuduhan ini didapati dalam page nur misuari dan pihak tertentu (tidak perlulah saya sebutkan siapa) telah menyebarkannya dan mempertikaikannya. Tuduhan ini adalah agak keterlaluan dan tidak berasas. Jika dilihat di gambar yang disediakan disini, dapat kita buat kesimpulan bahawa yang terkorban adalah askar sulu dan bukannya commando/polis malaysia:

1) ciri yang sama pada stokin dan boots di gambar pertama dan kedua.
2) Tiada tali pinggang military yang digunakan.
3) kebanyakkan polis malaysia menggunakan tshirt lengan pendek.
4) mayat terus dikebumikan seperti mati syahid - gambar ketiga (bawah)

Persoalan saya, kenapa perlu pertikaikan kematian ini sebagai konspirasi? Adakah bagi anda, nyawa perwira negara itu tiada harga sehinggakan sanggup membunuh perwira sendiri? Tidak perlulah menjadi pengkhianat dengan menjadi skeptikal segenap segi atas segala hal yang terjadi dalam insiden lahad datu. Apa yang terbaik adalah mendoakan mereka selamat dan semuanya berakhir dengan cepat.


sumber dari facebook

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Kenapa la ada lagi orang-orang yang nak bagi panas keadaan. xkan lah boleh tertembak kawan sendiri. Diaorang semua dah terlatih, ada2 aje isu yang nak ditimbulkan...

    BalasPadam
  2. @HooToh TuDia
    betul la...sibuk duk cari salah orng..

    BalasPadam
  3. Orang yg bodoh adalah mencari salah dn kesangsian org lain tapi org yg bijak hanya tgu jawapan sahaja.

    BalasPadam

jerit kat sini