Naluri Ibu:"Mak.Ini Perang Mak:.....

Naluri Ibu:"Mak.Ini Perang Mak:.....

Loading...
'Mak, ini perang mak' kata-kata terakhir Baharin Hamit

                         
                                                      Jariah Abu

KUALA LUMPUR - "Mak, ini perang mak!” Itulah kata-kata terakhir Allahyarham Sarjan Detektif, Baharin Hamit, 49, kepada ibunya, Jariah Abu, 66, menerusi telefonsehari sebelum beliau terkorban dalam serang hendap kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah, 2 Mac lalu.


Katanya, pada mulanya, dia tidak dimaklumkan anaknya itu ditugaskan di sana sehinggalah hatinya tergerak untuk menghubungi arwah sehari sebelum dia terkorban ditembak di kepala.

Jariah berkata, Jariah berkata, perkataan ‘perang’ yang diucapkan oleh anaknya itu masih terngiang-ngiang di telinganya apabila mendapat tahu arwah ditugaskan bagi menghadapi penceroboh di Sabah.

“Sehari sebelum dia terkorban, hati saya tergerak untuk menghubungi arwah pada jam 10 malam selepas melihat berita beberapa anggota keselamatan mati ditembak oleh penceroboh di televisyen kerana menyedari anak saya memang bertugas di Sabah sejak 30 tahun dan berkahwin di sana.

“Dalam perbualan terakhir itu, saya bertanyakan keadaannya dan di mana dia berada dan terkejut apabila diberitahu arwah berada di kawasan tersebut.

“Kami tidak sempat berbual panjang dan saya hanya dapat menasihatinya supaya jangan gopoh, baca Al-Fatihah dan arwah pula meminta saya jangan bimbang,” katanya kepada Sinar Harian di kediamannya di Kampung Cheras Baru selepas majlis doa selamat kelmarin.

Allahyarham Baharin, anak kedua daripada empat beradik yang merupakan salah seorang daripada enam anggota keselamatan yang terkorban dalam serangan hendap kumpulan penceroboh bersenjata di Semporna, Sabah.

Allahyarham yang berkhidmat sejak 1994 meninggalkan isteri, Sumiati Suara, 51, dan dua anak Muhd Izzat Syafiq, 15, dan Nur Syafiqah 11.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Dua, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu kelmarin.

Jariah berkata, dia menerima berita kematian anaknya pada keesokan harinya selepas seorang lagi anak lelakinya memberitahunya, selepas menunaikan solat Asar dan pengsan di atas kerusi selepas itu.

Bagaimanapun, Jariah berkata, dia sehingga sekarang berasa terkilan kerana jenazah anaknya tidak dikebumikan di kampung halamannya sendiri namun tetap reda dengan ketentuan ALLAH.

“Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah pada cuti sekolah baru-baru ini bersama dengan anak-anaknya,” katanya.

Menurutnya, arwah merupakan seorang yang tegas dan berprinsip serta tidak pernah melupakan tanggungjawab sebagai seorang anak kepada keluarga selepas suaminya meninggal dunia sejak tujuh tahun yang lalu.

Jariah berkata, dia tetap berbangga dengan arwah yang berjuang mempertahankan negara walaupun hatinya sering bimbang dengan keselamatan anaknya setiap hari.

“Saya tetap menerima ketentuan Ilahi ini tetapi sebagai mak yang mengandungnya rasa terkilan kerana tidak dapat melihat anaknya kali terakhir,” katanya.

Sementara itu Adun Teratai, Jenice Lee Ying Ha memberikan sumbangan RM1,000 kepada kepada Jariah sebagai penghargaan kepada keluarga mangsa yang berjuang mempertahankan negara.

“Seluruh rakyat Malaysia bersimpati dengan apa yang berlaku, tetapi tetap bangga mempunyai seorang perwira yang mempertahankan kedaulatan dan maruah negara,” katanya selepas menyampaikan sumbangan tersebut.

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Tak perlu la mak dia rasa terkilan, buat roh tak aman je. Lebih baik kebumi/ segerakan dr duk bawak balik jauh2...sian ke jenazah. Redha lg baik....bersyukurlah.

    BalasPadam
  2. @norruk1511
    aduhaiii...Norukk....menjelmalah...jgn jadi halimunan..wakakaka

    BalasPadam
  3. @Lelaki Ini
    mana ada ibu x sayang anak,biarpun anaknya dah besar panjang,berlaki/berbini,bginya anaknya tetap masih anak kecil macam dulu

    BalasPadam
  4. Al-Fatihah.. kita tak ada kat tempat dia.. kita tak tahu apa yang Puan Jariah rasa sampai ke harini.. apapun moga roh perwira2 kita tenang disana.. Amin..

    BalasPadam

jerit kat sini