Header Ads

Antara Rosmah Dan Wan Azizah.............

loading...
Rosmah dan Azizah - Ini Fakta dan Realiti

                  

Cerita-cerita seperti Rosmah kawal Najib, Rosmah PM dibelakang tabir, apa yang Najib nak buat semuanya kena dapat kelulusan Rosmah. Sekarang pula bila masuk musim pilihan raya timbul pula cerita Najib tidak bubarkan parlimen kerana Rosmah halang. Semua nama-nama calon ditentukan oleh Rosmah. Dipendekkan cerita, maksudkan mereka cuba memberitahu rakyat Malaysia bahawa Rosmah berkuasa dalam segala hal dan PM akan ikut apa yang Rosmah kata.

Rosmah dibandingkan dengan Wan Azizah kononnya Wan Azizah seorang isteri yang baik, isteri yang zuhud, isteri yang beriman.

Sedar atau tidak rakyat Malaysia bahawa apa tuduhan yang dilemparkan kepada Rosmah selama ini adalah menjadi amalan Wan Azizah ?

Rosmah yang tak pegang apa-apa jawatan dalam politik dilemparkan dengan pelbagai tuduhan. Wan Azizah yang paling berkuasa dalam PKR mereka pejamkan mata.

Isteri Najib yang tiada kuasa membuat sesuatu keputusan dalam Umno dituduh paling berkuasa, manakala bini Anwar yang terang-terang paling berkuasa dalam PKR, orang tak nampak.

Rosmah yang tidak ada kuasa untuk menentukan senarai-senarai calon BN dituduh paling berkuasa, Wan Azizah yang terang-terangan paling berkuasa menentukan calon-calon PKR mereka butakan mata. Bukan setakat tentukan calon malah berkuasa menandatangani watikah calon. Lihat pendedahan sel13.com di sini

Rosmah yang terang-terang kata beliau tidak akan sesekali bertanding dalam pilihan raya mereka kata Rosmah akan bertanding, Wan Azizah yang nak bertanding mereka kata itu amalan demokrasi.

                   

Rosmah digelar wanita puaka kerana dituduh mengamal ilmu hitam dan menggunakan bomoh. Tapi sampai hari ini pun tidak pernah ada satu bukti yang ditampilkan. Wan Azizah yang terang-terang bersekongkol menggadaikan kalimah Allah kepada bukan islam, diangkat sebagai muslimah beriman.

Rosmah tidak bertudung tetapi sehingga hari ini Rosmah masih mampu jaga dan didik anak-anak dia supaya tidak masuk ke gereja dan berkata orang islam wajar diberi kebebasan untuk menukar agama. Wan Azizah yang bertudung bukan sahaja gagal didik anak malah menyokong anaknya yang berkata orang islam wajar diberi kebebasan memilih agama dan dia diberi anugerah Sayyidatina Khadijaholeh ABIM. Sepatutnya dia diberi gelaran wanita celaka.

Dalam keluarga Najib hanya Najib seorang yang terlibat dalam politik. Isteri dan anak-anak beliau tidak terlibat dan memegang apa-apa jawatan dalam politik. Ini fakta dan realiti. Tetapi dalam keluarga Anwar habis anak beranak terlibat . Yang ini apa cerita ? Rakyat Malaysia tak nampak ke ?

Cuba cari dalam dunia ini mana ada parti politik yang si suami sebagai ketua umum, isteri presiden dan anak pula naib presiden ??? Siapa yang jumpa cari dan disahkan betul, saya akan tutup blog ini.

                
Pernahkan anda lihat Najib dan Rosmah buat sidang media begini ?

                 
Pernah anda lihat Rosmah buat sidang media angkut pengerusi parti komponen BN, MB dan ahli parlimen seperti yang Wan Azizah lakukan ini ?

               
Laki bini habis buat poster.....Dalam sejarah parti-parti politik di Malaysia tidak pernah berlaku perkara sebegini.

p/s...semakin dekat pilihanraya,semakin keliru,acara bongkar membongkar semakin rancak..hhmm...mana satu nak pilih ni...pening..pening


http://www.rbfonline.net/2013/03/rosmah-dan-azizah-ini-fakta-dan-realiti.html
Loading...

2 ulasan:

  1. nampaknya mcm x payah pening sgt lah,gaya macam akak dah tahu je siapa yang nak pilih.

    BalasPadam

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.