Loading...
Pelakon uzur cari calon isteri
Kajang: “Kalau semua anak dah tak peduli lagi, pak cik nak cari calon isteri. Tak kiralah umur berapa, wanita tempatan atau Indonesia, asalkan dia benar-benar ikhlas nak jaga pak cik, cukuplah. Jika sanggup (berkahwin), pak cik akan wasiatkan semua harta, termasuk sebuah banglo di Taman Keramat, kepada bakal isteri.”
Itulah tawaran dibuat Ibrahim Othman, 83, yang bercadang menamatkan zaman dudanya jika menemui calon isteri sesuai yang dapat menjaga makan minumnya.
Nilai tanah dan banglo berkenaan kini dianggarkan antara RM1.5 juta hingga RM1.8 juta.
Ibrahim, bekas pelakon drama radio pada 1970-an hingga 1980-an yang terkenal dengan watak Seman dalam Kebun Pak Awang, menjadi penghuni Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia (Fikrah), Sungai Sekamat, di sini, sejak tiga bulan lalu, selepas menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana masalah saraf dan trauma.
BANGLO milik Ibrahim bernilai lebih RM1.8 juta di Taman Keramat, Kuala Lumpur.
Disebabkan tiada seorang pun daripada tujuh anak kandungnya datang menjemput selepas dia dibenarkan keluar dari wad, pengurusan hospital mengambil keputusan menghantarnya ke pusat jagaan itu selepas mendapat persetujuannya.
Ketika zaman mudanya, Ibrahim antara pelakon utama Kebun Pak Awang yang berjaya mengangkat populariti drama radio berunsur pembangunan terbitan RTM itu hingga mampu bersiaran selama sedekad.
p/s..saya jugapernah berhadapan dgn orng yg bermasaalah macam ni...tapi sayang x de sape2 pun yang teringinkan harta kekayaan yang ditawarkan...mungkin kena pikir banyak kali lah...kecuali ada yg benar2 ikhlas..

3 Ulasan
Kesian dapat anak camtu.....huhu
BalasPadamkenapa anak2 xambik peduli ye..huhu mugkin ada kisah disebalik kan. sayang harta ayah dia dapat ket isteri yang entah betul ikhas atau buat2 ikhlas. amboi. negatif je hana fikir.hehe pandangan ja
BalasPadamsusah nak cari orang yang betul2 ikhlas ni kak atie... biasanya kalau dia dah bukak mulut macam ni, orang cuma nakkan harta jer... hu hu hu...
BalasPadamjerit kat sini