Loading...
Nyamannya belaian isteri ...
Saya tidak ingat nama profesor itu tetapi kalau tidak silap, dia dari Universiti Malaya. Saya baca kenyataannya yang disuarakan dalam satu seminar bahawa seseorang lelaki bukan sepanjang masa mahu beraksi jantan ketika bersama pasangannya.
Kata profesor itu, kadang kala lelaki juga mahu dibelai seperti anak kecil mengharapkan belaian ibunya. Walaupun kenyataan profesor itu saya baca pada 1989, hari ini baru saya berani menulis mengenainya.
Ini kerana saya percaya perbincangan mengenai hal ini tentu akan mengundang kecurigaan kedua-dua pihak – lelaki dan wanita – lebih-lebih lagi lelaki. Sebabnya, lelaki mana yang mahu mengaku dalam hatinya, dia mengharap untuk dibelai isteri seperti anak kecil? Tak macholah, bro! Bukan kerana obses dengan pandangan profesor itu, saya sedia mengaku bahawa saya sendiri amat mengharapkan begitu. Saya yakin tidak akan hilang bisa ular yang menyusur akar. Tidak akan hilang macho seseorang lelaki semata-mata kerana dibelai isteri.
Dalam hubungan cinta, kita selalu berkata, “you mean everything to me ...” atau “kaulah segalanya bagiku ...”
Nah! Inikan sudah satu perisytiharan bahawa dalam bercinta, kita harus bersedia untuk menjadi segalanya bagi pasangan. Dan kita sememangnya tahu bahawa dalam diri setiap wanita, sudah siap tertanam naluri keibuan.
Lalu ada ketikanya wanita juga mahu menampilkan aksi keibuan mereka kepada pasangan, bukan hanya kepada anak-anak.
Ada ketika detik-detik romantis yang dilalui mahu diisi dengan membelai suami, bukan hanya sebaliknya. Ada saatnya wanita juga mahu lelakinya bersifat mengada-ada, merajuk atau seumpamanya untuk dia memujuk.
Tetapi awas, andai wanita anda sudah mahunya begitu, lelaki pula janganlah keterlaluan. Janganlah setiap hari merajuk, cari belakang pintu dan duduk terperuk hingga berjam-jam lamanya.
Dipanggil makan, menggeleng. Ajak minum menggeleng. Akhirnya ditanya isteri, apa yang mahu jika makan, minum tidak mahu. Ditanya begitu, pandai pula dia tersenyum ... (Ini hanya imaginasi saya, jangan ada pula yang pandai-pandai menuduh saya begini)
Jika begitu melampau sikap lelaki, jangan salahkan isteri jika dia memandang anda seperti kain buruk. Dan jangan salahkan saya pula kerana kononnya sayalah yang menganjurkan lelaki bersikap mengada-ada untuk membolehkan anda dipujuk.
Apa yang seharusnya anda lakukan ialah memastikan terlebih dahulu bahawa isteri anda jenis yang suka memujuk, membelai dan suka anda berkelakuan seperti itu. Ataupun dia seorang yang amat memahami kemahuan anda sebagai suaminya.
Paling tidak, walaupun dia mungkin tidak mempunyai ciri-ciri seperti itu, dia bersedia untuk memberi kerjasama kepada anda demi kebahagiaan rumah tangga.
Itu harus dipastikan dahulu sebelum anda memutuskan untuk merajuk. Jangan terus cari belakang pintu dan duduk terperuk di situ. Apa lagi jika dalam usia 40-an ini, dengan perut yang sudah membusung seperti labu sayung, teramat buruklah jika ada yang berkelakuan demikian.
Berbalik kepada topik kita, “kaulah segalanya bagiku ...” bagi saya, apa juga kehendak, keinginan, naluri atau siapa sebenarnya diri kita, tidak harus disembunyikan daripada pasangan.
Asasnya dalam kehidupan setiap insan, dia hanya mempunyai seorang ‘belahan jiwa’ atau soulmate yang diharap dan diyakini untuk menjadi begitu mengerti dan memahami akan dirinya.
Lalu segala keinginan, akan diberi dan diterima daripada pasangan nan sejati itu. Kerana itulah, apa juga yang dirasa dan dimahukan, harus diberitahu, diminta dan diberi untuk sama-sama saling melengkapi, hatta dalam bab mengada-ada, merajuk atau minta untuk dibelai.
Lelaki, apabila sedia untuk jadi segalanya bagi isteri, ertinya tidak harus ‘keras’ 24 jam. Ada kalanya perlu turun takhta keegoan mencemar duli menunjukkan jati diri. Ada masa kita perlu tunjuk tegas, bersifat pelindung, pembela, penjaga. Ada masanya kita sendiri pula perlu meminta perlindungan dan pembelaan daripada isteri untuk dia rasa lebih dihargai dan diyakini serta mempunyai kedudukan istimewa dalam hati dan kehidupan suami.
Wanita, walaupun lemah lembut sifatnya, pun juga mempunyai ego, keyakinan diri dan kekuatan yang perlu diiktiraf suami. Sifat kuat dalam lembut dianugerahkan tuhan kepada mereka untuk menjaga dan melindungi anak-anak.
Namun tidak ada salahnya jika sesekali suami pula yang meminta untuk diusap rambutnya di ribaan isteri sambil mengadu hal.
Saya pasti, kemanjaan yang seperti ini akan lebih menghangatkan jiwa asmara suami isteri. Ia akan jadi seperti gunung berapi yang dari jauh sudah kelihatan asapnya dan apabila sampai masa, akan memuntahkan lahar tanpa dapat ditahan-tahan lagi.
Begitulah indahnya hidup berumah tangga. Segalanya bergantung kepada kita, bagaimana caranya kita mahu belajar. Kita tidak boleh mengubah angin tetapi kita boleh mengubah layar.
Muhammad Mat Yakim

0 Ulasan
jerit kat sini