KUMIS ANDA TEBAL?JOM BELAI KUMIS

KUMIS ANDA TEBAL?JOM BELAI KUMIS

Loading...
Sawara, sebuah bandar di Chiba yang terkenal untuk tempat tamasya dan sejumlah kuil yang terkenal, menjadi tuan rumah salah satu festival yang paling aneh di seluruh Jepun. Termasuk di dalam festival ini adalah membelai misai dan minum sebanyak-banyaknya.



Festival ini diberi nama Higenade-Matsuri (festival membelai misai), salah satu festival yang diadakan di Kuil Katori. Ini menandakan pergantian penjaga kuil yang berlaku setiap tahun.


 Awalnya, festival ini dilakukan utuk menandakan penyerahan dari satu keluarga ke keluarga yang lain, namun sekarang dilakukan hanya dari satu kumpulan ke kumpulan berikutnya. 

Membelai Kumis Peserta duduk saling berhadapan mengenakan pakaian formal. Terdapat empat belas penjaga tahun lalu dan empat belas orang yang akan mengambil alih. Setiap orang mempunyai misai yang sangat tebal di atas bibir mereka.

Para peserta menumbuhkan misai mereka berbulan-bulan sebelum festival diadakan. Bagi mereka yang tidak mampu atau tidak mahu menumbuhkan misai, kini mereka boleh menggunakan misai palsu.

 Semangkuk besar sake ditempatkan di tengah-tengah kelompok. Pada waktu yang ditentukan, kedua-dua kumpulan peserta datang bersamaan di mana mereka saling membelai misai orang di hadapannya. Sake pun kembali datang dalam kuantiti yang sama. 

Membelai kumis dalam acara itu adalah semacam cabaran untuk minum lebih banyak. Seolah-olah mereka berkata, 'Ayuh, jika anda cukup jantan untuk memakai misai tebal seperti itu, tentu anda boleh minum terus dari mangkuk berikutnya!'



Higenade-Matsuri telah ada berabad-abad lamanya, membuktikan sebuah fakta bahawa bangsa Jepun kuno mempunyai rasa humor aneh yang sama seperti yang diamati oleh bangsa Barat terhadap bangsa Jepun saat ini. 

Budaya ini bermula sekitar 800 tahun yang lalu di Era Kempo yang berlangsung pada tahun 1213 hingga tahun 1219. Tujuan dari minum-minum dan membelai misai dalam festival ini adalah untuk berdoa demi tuai yang baik dan kesejahteraan dari keturunan para peserta.

 Tapi saat ini, festival ini kelihatan hanya seperti mencari-cari sebuah alasan untuk mabuk-mabuk. Lebih dari sekadar membelai misai Sawara adalah salah satu daripada banyak tempat yang disebut Edo Kecil yang mempertahankan citarasa Jepun lama. 

Dulu Sawara merupakan pusat perdagangan dan seni di kawasan Chiba utara. Daerah ini terletak di sepanjang sungai Tone, sungai terbesar kedua di Jepun, yang digunakan untuk pergi terus ke ibu kota namun sejak saat itu telah dialihkan untuk mencegah banjir. Sekarang, festival ini merupakan salah satu penarik perhatian yang paling mengagumkan untuk para pelancong yang sedang bersiar-siar. 

Jalan-jalan tua berliku berjajar dengan kedai-kedai yang menjual kerajinan tradisional dan makanan ringan dan hal itu benar-benar membuat anda merasa sedang berada di suatu tempat dalam sebuah set film.

Ada juga pelancongan perahu pelancongan yang boleh anda nikmati, memberikan pemandangan bandar dari sudut pandang yang unik. Kuil Katori adalah kuil utama di daerah itu dan dikunjungi oleh puluhan pelancong bahkan ketika sedang tidak ada festival membelai misai. 

Dengan kata lain, ada banyak perkara yang boleh dilakukan di sana selain menonton beberapa orang dengan kumis lucu sedang minum-minum . Namun jika anda ingin pergi ke sana untuk menyaksikan sebuah festival khas Jepun yang mungkin boleh dikatakan yang paling aneh, festival itu diadakan di bulan Januari setiap tahun. 

Sumber japanalyst.com 

Catat Ulasan

0 Ulasan