Loading...
REALITINYA, tiada tugu peringatan buat P Ramlee. Namun demikian, selepas hampir empat dekad, 'ibu segala pelakon, penyanyi, pengarah dan pemuzik' itu menjadi 'tugu' di hati rakyat Malaysia semua bangsa.
Seluruh Nusantara kenal P Ramlee. Nyanyian dan lakonan jadi ikutan. Generasi baru pengarah filem, penulis skrip, pelakon dan penyanyi terikut-ikut cara P Ramlee. Maka lahirlah 'Madu Tiga' dan ntah apa-apa lagi versi Afdlin Shauki, Adlin Arman Ramlee, juga saban tahun ada saja program 'mencari P Ramlee'.
Sebenarnya, ketika era 'Pop Yeh Yeh' melanda negara pertengahan 60an dan kemudian arus kuat filem dari Indonesia dengan bintang utama Ratno Timoer juga Dicky Zulkarnain menguasai seluruh pawagam tanah air awal 70an, semua kerja tangan dan buah fikir P Ramlee, seolah-olah tidak ada nilai lagi.
Dalam satu persembahan di Stadium Negara, Allahyarham dicemuh oleh mereka yang terpesona dengan kerdipan bintang-bintang baru pentas dan layar perak. Sedangkan mereka inilah juga menjadikan lagu dan filem P Ramlee mengisi santapan rohani mereka selama berpuluh tahun sebelum itu.
Saya juga percaya kelompok yang mencemuh itu juga antara yang menjadi pemuja nombor satu kini dan hari ini, P Ramlee terlalu dekat di hati kita walaupun hakikatnya dia sudah 'jauh'.
Saluran ASTRO dan TV2 dan TV3 dari semasa ke semasa berulang-tayang Madu Tiga, siri Bujang Lapok, Labu Labi dan banyak lagi. Ratingnya tetap tinggi apakala banyak iklan mengisi ruang walaupun ia disiar hampir larut malam.
Filem 'Enam Jahanam' dan lagu 'Air Mata Di Kuala Lumpur' menjadi penutup kerjaya warna-warni P Ramlee itu.
Itulah antara sifat manusia yang mudah lupa kepada jasa dan bakti juga tidak pandai mensyukuri nikmat Allah!
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah melalui detik2 ngeri P Ramlee ini. Pada kemuncak kerjayanya, dia dilanyak kiri, kanan, atas dan bawah oleh kawan dan lawan.
Dr Mahathir pernah 'kesunyian' ketika kemuncak 'episod liwat' yang hampir membakar seluruh negara. Bezanya, Dr Mahathir dipinjam jangka hayat lebih panjang berbanding P Ramlee.
Pelawak mega PAS, Mat Sabu pernah menyebut: "Allahtaala sengaja membiarkan Mahathir hidup lama supaya dia dapat tengok segala kemungkaran yang dia lakukan." Manakala Wan Azizah pula pernah menyifatkan suaminya adalah 'anugerah Allah'.
Namun, hakikatnya, Mahathir masih bersama kita untuk mengekal sebuah legasi, menjadi benteng mempertahankan Islam, Melayu dan dominasi UMNO terhadap negara ini, hinggalah ke satu masa yang ditentukanNYA.
Jelaslah, kerja Allahtaala tidak seperti mana yang Mat Sabu dan Wan Azizah sangka. Tanpa Mahathir, kemungkinan fitnah lebih besar lebih mudah dilempar oleh kawan dan lawan yang berkepentingan.
Saya percaya, apabila sampai 'detik itu', Dr Mahathir - seperti P Ramlee - akan menjadi pujaan nombor satu termasuk mereka yang meletakkan dia sebagai musuh nombor wahid. Segala ucapan menerusi audio/video juga dokumentasi, akan laris di pasaran. Kaca TV akan mengulang tayang sepanjang masa.
P Ramlee dan Dr Mahathir akan kekal sebagai 'tugu penyesalan' buat mereka yang mencemuhnya!.
UTUSAN
4 Ulasan
p.ramlee memang hebat... tun mahathir juga hebat... si pitung juga hebat... tok gajah juga hebat... tok janggut pun hebat... rakyat Malaysia ramai yang hebat sebenarnya...
BalasPadamTun Mahathir.. banyak jasanya kepada negara.. org yg mencemuh dan menghinanya hanya menambah dosa
BalasPadam@puteraduyong
BalasPadamdan ramai lagi org2 hebat di M'sia ni..x terkira sbb tu ramai dapat pangkat Datuk
@deno
BalasPadamsetuju...
jerit kat sini