Gangnam Dah Selesai,Jom Muhasabah Diri Sekejap...

Gangnam Dah Selesai,Jom Muhasabah Diri Sekejap...

Loading...
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

SEMUA KEMBALI SEPERTI SEMULA

1. Ketika kamu dilahirkan, kamu diazan tanpa Solat, Ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan.

2. Ketika kamu dilahirkan kamu tidak mengetahui siapa yang mengeluarkan kamu, Ketika kamu mati kamu tidak tahu siapa yang akan mengusung kamu.

3. Ketika kamu dilahirkan, kamu dibersih dan dimandikan,
Ketika kamu mati, kamu dimandikan dan dibersihkan serta disolatkan.

4. Ketika kamu dilahirkan, kedua ibu bapa dan keluarga kamu bergembira, Ketika kamu mati, kedua ibu bapa dan keluarga kamu menangis atas Kepergianmu.

5. Adam dan keturunannya dijadikann daripada tanah,
Maha Suci Allah yang menjadikan kamu, telah memasukkan kamu kedalamnya setelah mati

6. Ketika dalam perut ibu, kamu berada dalam kegelapan dan kesempitan, Ketika kamu mati, kamu juga berada dalam kegelapan dan kesempitan.

7. Ketika kamu dilahirkan, kamu dibaluti kain supaya melindungi tubuhmu, Ketika kamu mati, kamu juga dibaluti dengan kain untuk melindungi tubuhmu.

8. Ketika kamu dilahirkan dan setelah dewasa, kamu diperhati dan melakukan kemahiran, Ketika kamu mati, Kamu tidak akan ditanya melainkan amalan soleh.

"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran". (Surah Al-'Asr)

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Bagi AA, tak perlu konsert2 macam tu, sebab kita ni negara islam... sepatutnya agama lain hormat kita orang islam...

    BalasPadam
  2. @Siti Anirah Azuri
    Akak pun x paham,sape punya idea macam ni..

    BalasPadam
  3. Cik Tie, widget kat depan tu mengganggu nak baca entry, nak buat mcmna ye?

    BalasPadam

jerit kat sini