Bujang VS Dah Kahwen...Banyak Yang Lainnya..

Bujang VS Dah Kahwen...Banyak Yang Lainnya..

Loading...
Dulu lain,sekarang lain
Dulu bujang ,kini dah kawen..mestilah lain kan..
Tak caya??..jom sama2 kita baca


Pemikiran zaman bujang: nak bela kucing kt umah banyak2 bersama isteri tercinta
realiti rumahtangga : adeh..dapat isteri jenis yang fobia dengan kucing.. :((

pemikiran zaman bujang: ada peneman pdgr setia, bergurau, menangis dan ketawa bersama.
realiti rumahtangga : tetap sama..malah boleh buat ibadah sama2,.bc al-Quran, solat jemaah, ke majlis ilmu,..bersama, dan tak risau coz ada husband di sisi.

pemikiran zaman bujang : nak beranak ramai2..paling kurang 6

realiti rumahtangga : cukupla 2 org tu..x larat dah..letih..

pemikiran semasa bujang : Saya tahu kawen ni best. ade husband, kalau ade rezeki, ramai anak..uhhh untungnya ada anak...kalau nasib baik bole jadi syafaat..

Realiti Perkahwinan : Memang kawen ni best, tapi bukanla sentiasa, kadang2 tension gak dengan perangai suami..haih, takpa, Allah bersama orang yang sabar. Alhamdulillah anak ramai, memang pasal duit sesakla...tapi takpa, setiap anak ada rezeki masing2....Ape-ape pon, hidup berumahtangga ni memang kene banyak mintak tolong Allah SWT... insyallah hidup ente selamat dunia akhirat..

sebelum bujang rasa ingin berkeluarga dan inginkan hidup lebih terurus dan bahagia.tetapi sebenarnya kehidupan tetap kehidupan ujian tetap ada walau dimana sahaja kita pergi

masa bujang panjang angan-angan

dah nikah tak boleh hidup dgn angan-angan jer....usaha kena giat lagi

bila isteri meninggal...nangis tiap-tiap waktu sendirian

pemikiran masa bujang:angan2 nak nikah cepat nak itu ini..nak hidup bersama orng tersayang nak benda yang ok dipandagan mata..nak pemuda yang ok....
realiti masa rumahtangga;kehidupan alam perkahwinan berbeza dizaman pertunangan...perlu tabah untuk bahagia kerana pperkahwinan itu seni

Pemikiran Masa Bujang :

1) Nanti dah ada suami boleh buat semuanya sama-sama.
2) Dah tak dengar lagi mak berleter.
3) Isteri nak pergi mana-mana dah senang, ada orang bawakan/memandu.


Realiti Rumahtangga :

1) 90% kerja si isteri yang buat.
2) Suami pulak yang berleter sebab tak puas hati dengan hasil kerja si isteri.
3) Memang senang berjalan jauh, si isteri boleh tidur dalam kereta... :P


Pemikiran masa bujang : Nak setia sampai hujung nyawa ,macam drama setia hujung nyawa ,sweet sangat tengok diorang bahagia walapon macam2 dugaan diorang kena tempuh ...

Realiti rumahtangga : selepas kawen,wah tak semudah itu nak tempoh realiti kehidupan membina rumah dan tangga ..ada kalanya rumah ditiup angin sehingga bergoyang (perlu benteng yang kukuh),adakalanya tangga itu robek perlu dibaiki (perlu semai dengan baja keimanan)..bukan senang nak bahagia ke hujung nyawa kalo tak kuat dan sabar hadapi semua ujian dariNya..


er...ada sape-sape nak tambah lagi??

p/s..2,3 hari ni sangat penat dengan kije yg semakin menimbun....mcm stress...sbb tu banyak komen2 anda akak tak balas lagi..insyaallah bila ada kelapangan akan akak balas komen2 korang,dan pastinya akak terjah skali blog2 korang yer...

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. mmg beza, tapi de juga yg x berpa setuju dgn statement di atas tu.. hee

    BalasPadam

jerit kat sini