Loading...
1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.
2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.
3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka.
Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.
Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan buih yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan buih
4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya.
Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak.
Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera.
Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri,
Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.
5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan.
Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut.
Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.
Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.
sumber:pelbagai
11 Ulasan
Thanks cik tie for this informative entry...
BalasPadamTerima kasih byk2 Kak oii..Info2 n3 ni byk yg saya tak tau sebelum ni..tqq sharing..
BalasPadamdulu leez amakan sate mmg tak makan timun n bawangnya. masa satu hari tu, ada terbaca artikel seumpama ini. terus berubah.
BalasPadamakak pun baru tahu juga pasal bende ni semua,nampaknya lepas ni kena makan timun pulak lepas makan sate
BalasPadamtq share..baru tau pasal ni..
BalasPadamSalam,
BalasPadamSudah lama mencari...Tapi masih tak jumpa lagi syampoo tanpa SLS... Kalau ada, tolonglah bagitau jenama apa...
@Bin Muhammad
BalasPadamada tersenarai kat atas tu..:)
Mee segera juga memerlukan kaolin di dalam kandungannya bagi memastikan mee tersebut tidak lembik sebagaimana mee biaaa.. Kaolin adalah sejenis tanah yang digunakan untuk mengeraskan mee tersebut dan perut mengambil masa selama tiga hari untuk menghadam kandungan tersebut..
BalasPadamKepada peminat-peminat goreng pisang dan yang suka membeli kuih-muih di gerai-gerai mahupun mana-mana kedai makan yang menggunakan minyak recycle atau minyak di dalam plastik hentikan perbuatan anda serta merta.. Saya telah menulis tentang perkara ini di akhbar tempatan namun tidak diberi perhatian..
Minyak tersebut adalah minyak yang diproses semula oleh kilang-kilang melalui proses tapisan bagi menjernihkan minyak masak tersebut dan dibungkuskan serta dijual dengan murah.. Terdapat agen-agen yang dilantik untuk membeli dari mana-mana restoran yang sanggup kumpulkan dan jualkan kepada mereka..
Inilah proses ringkas sehinggalah minyak ini dipaketkan dalam plastik dan dijual lebih murah di pasaran melalui pasaraya-pasaraya hinggalah ke kedai runcit.. Minyak ini mendapat sambutan terutama dari gerai jualan kuih muih dan goreng pisang kerana harganya lebih murah dari minyak masak berjenama.. Masalahnya minyak ini dikutip dari semua jenis restoran terutama restoran cina yang sememangnya tidak halal dan dikumpulkan sekali untuk diproses.. Sanggupkah kita makan makanan yang digoreng menggunakan minyak yang telah digunakan untuk menggoreng makanan yang diharamkan ke atas kita?
Sambungan..
BalasPadamKaolinite has a low shrink-swell capacity and a low cation exchange capacity (1-15 meq/100g). It is a soft, earthy, usually white mineral (dioctahedral phyllosilicate clay), produced by the chemical weathering of aluminium silicate minerals like feldspar. In many parts of the world, it is colored pink-orange-red by iron oxide, giving it a distinct rust hue. Lighter concentrations yield white, yellow or light orange colors. Alternating layers are sometimes found, as at Providence Canyon State Park in Georgia, United States. Commercial grades of kaolin are supplied and transported as dry powder, semi-dry noodle or as liquid slurry.
@Ahmad Albab
BalasPadamterimakasih atas info yg amat berguna ini,ttg minyak masak kitar smula yg murah dijual dipasaran tak pernah pula saya guna balik,tapi biasanya minyak bekas goreng ikan atau ayam biasanya saya jadikan sumbu untuk pelita...x pernah guna semula..
Masyarakat kita ramai masih belum sedar pasal ni.. Harap akak boleh buat research dan tulis pasal minyak masak ni.. Semoga masyarakat kita sedar tentang penipuan dan kebersihan makanan kita..
BalasPadamjerit kat sini