Pelbagai Kisah Jenazah

Pelbagai Kisah Jenazah

Loading...
Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Entri kali ini saya akan menceritakan satu kisah teladan. Wajar saya ceritakan sebagai perkongsian bersama. Alhamdulillah, cerita ini menceritakan corat-coret pengalaman seorang ustaz yang terlibat dalam urusan pemandian jenazah.



Ustaz Amir Muttaqin. Berasal dari Melaka. Usianya baru menjangkau 26 tahun, tetapi sudah 10 tahun terlibat dalam pengurusan jenazah. Hal berkaitan jenazah sudah lali bagi dirinya. Pagi 16 Ramadhan 1433h : Ustaz Amir Muttaqin telah dijemput oleh pihak Surau Nur al-Ihsan untuk menyampaikan kuliah subuh.


Di awal kuliahnya, ustaz banyak menceritakan pengalamannya bertemu dengan jenazah-jenazah yang mati dalam keadaan yang amat menghinakan. Wanau’zubillah.


1. Salah satu daripada kisahnya ialah jenazah seorang lelaki dan seorang wanita yang mati dalam keadaan “melekat”. Mati ketika melakukan hubungan seks. Hanya dapat dipisahkan selepas melakukan pembedahan. Mayat ditemui mati ketika pagi Ramadhan. Status kedua-dua mayat bukan mahram. Si lelaki mempunyai 3 orang anak dan si wanita beranak 4. Ahli keluarga tidak mahu menuntut jenazah. Malu.

2. Kisah mati yang menghinakan juga terjadi kepada seorang lelaki berumur 52 tahun mati di pusat karaoke (kbox) bersama teman wanitanya yang berusia 18 tahun. Waktu kematian ialah awal pagi Ramadhan. Sewaktu mati, disekitar mayat lelaki itu terdapat botol-botol arak.

3. Kisah ini pula menunjukkan azab dan aib seseorang yang mengubah ciptaan tuhan. Jenazah seorang pondan yang semasa hayatnya amatlah cantik, tetapi apabila mati jenazahnya bertukar hitam legam. Kelihatan sangat reput. Buah dada palsunya menggelebeh. Kemaluannya bernanah, berdarah dan berulat. Inilah hukuman insan yang tidak bersyukur dengan kurniaan-Nya.



Ini antara kisah pengalaman Ustaz Muttaqin dalam menguruskan jenazah yang mati dalam keadaan yang amat mengaibkan. Semua kisahnya disampaikan dengan cara yang amat memotivasikan. Amat menyentuh hati, gentar dan insaf.



Sebelum ustaz mengakhiri kuliah subuhnya, sempat dia menceritakan suatu kisah telus mengenai jenazah yang dimuliakan sewaktu matinya. Hayati lah kisah ini…


Pada suatu hari di bulan Rejab, Ustaz Muttaqin mendapat suatu pesanan untuk menguruskan satu jenazah. Seperti biasa ustaz bersetuju untuk menguruskannya. Sebelum jenazah tersebut tiba kepadanya, suatu khabaran yang mengejutkan dirinya mengenai jenazah yang bakal diuruskannya. Jenazah kali ini mati ketika solat. Nyawanya diambil tika mana salam pertama di akhir solat asar.

Apabila jenazah sampai kepadanya, ustaz melihat peri sempurnanya jenazah tersebut. Mukanya bersih sekali. Tiada tanda seksa diriak wajahnya. Dengan rasa penuh terharu, ustaz terus memeluk jenazah tersebut lalu menciumnya. Memandangkan inilah kali pertama dia melihat jenazah yang begitu cantik.

Malangnya, ustaz berasa amat terkilan kerana jenazah tersebut tidak dapat diuruskan olehnya kerana jenazah tersebut bukan rakyat Malaysia. Disebabkan birokrasi ini, jenazah tersebut terpaksa disimpan di bilik mayat. Bilik beku.

Selang hari berlalu. Selang bulan menjelma. Dari Rejab ke Sya’ban, dari Sya’ban ke Ramadhan. Ustaz mendapat satu pesanan lain. Jenazah yang tidak dapat diuruskannya di bulan Rejab dan disimpan di dalam bilik beku bakal diuruskannya kembali. Perasaan bercampur baur.

Sewaktu perjalanannya ke hospital, fikirannya merewang, andai kata ikan yang kita baru beli di pasar, lalu disimpan di dalam peti ais berbulan lamanya. Jangankan bulan, cukup sekadar seminggu. Bagaimana keadaan ikan tersebut ? Sudah tentunya keras membeku. Begitulah fikiran ustaz melihatkan jenazah yang bakal diuruskannya ini, sudah berbulan disimpan di dalam peti sejuk.

Ketika sampai ustaz di hospital, ternyata fikirannya selama ini meleset. Mayat yang disimpan di dalam bilik beku selama berbulan-bulan lamanya bukan sahaja tidak beku, bahkan berpeluh. Masih segar. Allahu akbar !

Jenazahnya masih cantik. Sewaktu memandikan jenazah tersebut, air basuhannya harum mewangi. Peluhnya dilap, lalu ustaz terhidu bauan wangian minyak wangi attar. Subhanallah !

Inilah contoh jenazah yang dimuliakan di saat kematiannya. Semasa hayatnya dikhabarkan arwah memang seorang yang amat mulia. Semasa matinya juga mati dalam keadaan yang dimuliakan. Maka, sudah tentunya di akhirat kelak juga tempatnya juga di tempat orang-orang yang mulia. InsyAllah..amin.


Begitulah sedikit sebanyak kisah tauladan yang dapat saya kongsikan. Kisah ini bukan dongeng. Bukan juga fantasi. Kerana mati itu pasti.


Berdoalah agar kita juga mati dalam keadaan husnul khotimah. Banyakkan lah ibadat kita ibarat kita akan mati esok hari…amin.




“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati” (QS. 3 Ali Imran : 185)


Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Kematian mengingatkan kita... Tq share...

    BalasPadam
  2. kuasa allah menentukan sesuatu. yg baik jdkan tauladan yg tidak jdkan sempadan.

    BalasPadam
  3. ........spechless....;(

    BalasPadam
  4. semoga kita semua mati di dlm iman..Amin.....

    BalasPadam

jerit kat sini