Loading...
Kuala Lumpur: Selepas lebih 15 tahun, baru dua beradik perempuan menyedari tindakan ibu memakaikan mereka susuk sejak berusia belasan tahun bagi mengekalkan kecantikan dan memikat sesiapa memandang, adalah perbuatan syirik dan bertentangan ajaran Islam.
Hanya mahu dikenali sebagai Lisa, 30, wanita berdarah kacukan Melayu dan Cina itu berkata, dia dan kakaknya, Lorina, 35, mendapat kesedaran selepas dimaklumkan rakan dan bersyukur kerana selepas berkahwin, suami membantu mereka membuang amalan itu.
Menurut Lisa, amalan memakai susuk ibarat tradisi dalam keluarga dan kekurangan pengetahuan dalam agama menyebabkan mereka menganggap ia perkara biasa serta tidak menyalahi syariat Islam.
“Ibu beragama Islam dan ayah pula saudara baru memeluk Islam kerana mahu berkahwin dengan ibu. Jadi pengetahuan kami dalam Islam memang amat terbatas.
“Selain saya dan kakak, ibu, empat sepupu, tiga ibu saudara dan nenek kami turut memakai susuk. Ia bagai amalan tradisi dalam keluarga dan saya serta kakak dibawa ibu berjumpa seorang bomoh untuk memasukkan susuk sebaik saja kami akil baligh,” katanya.
Harian Metro
8 Ulasan
memang jahil sgt tu
BalasPadamKeluarga susuk tegar ni...nasib baik dah ada yang sedar!!
BalasPadam1. nk puji layout baharu akak ni sgt tenang... yeah zaaa....
BalasPadam2. entri ni menarik ... tapi buat sy terkejut.
Lol!!susuk ni memangla haram...cer pakai susuk ni... http://aslvieadam.blogspot.com/2012/12/pakai-susuk.html#links
BalasPadamHaha!!
@deno
BalasPadamsusuk..banyak dah dgr..hadapi ngan orng yg pakainya dah..apa yang akak tahu..saat akhir kematian sangat dasyat...
@Raudzah Zahari
BalasPadamharap yg lain pun macam tu..cepat sedar
@Leeza dayasari [santai leeza]
BalasPadamini yg akak cari sebenarnya..x serabut..sbb widget kat blog akak mmg banyak
@aslvie adam
BalasPadamhihi..susuk apa tu..nak terjah
jerit kat sini