Jom Skodeng Tempat Obama Dan Keluarganya Selalu Bercuti

Dilengkapi hot tub yang pemandangannya ke arah pantai

Rumah peranginan Obama (Paradise Mata Estates)


Bahkan Presiden Amerika Syarikat tidak selalu mendapat rumah yang diinginkannya. Hal ini tidak berkaitan dengan Rumah Putih, melainkan rumah bercuti atau rumah rehat keluarga Obama di Hawaii. Menurut Daily News, Plantation Estate atau rumah ladang di Oahu, tempat Presiden Obama, Michelle dan anak-anak mereka, Sasha dan Malia menghabiskan cuti Krismas mulai 2008 hingga 2010, kini tak boleh disewa lagi. "Tahun lalu keluarga saya menggunakannya dan tahun ini, sebelum saya tahu dia (Obama) tertarik, saya telah menyewakannya lebih dulu," kata pemilik rumah tersebut, Glenn L. Weinberg, dikutip dari Huffingtonpost.com.


Akhirnya keluarga Obama menikmati percutian mereka dengan menginap di ladang-ladang yang jaraknya hanya beberapa rumah dari Plantation Estate di Paradise Point. 


Cara ini sepertinya dilakukan oleh keluarga Obama untuk mengubati kekecewaan kerana tak boleh lagi menginap di Oahu. Untuk boleh menginap di rumah tersebut, harga sewanya mencapai US $ 24.500 per minggu. ini luasnya 6,000 meter persegi dengan lima bilik tidur, lima bilik mandi, spa dan padang golf.


Belum lagi hot tub yang pemandangannya ke arah luar, dan kolam renang. Rumah mewah ini juga dipantau dengan sistem keselamatan canggih yang diperlukan Obama dan keluarganya.


"Dibina dengan keamanan yang luar biasa, keselesaan dan keanggunan hanya beberapa langkah dari pasir putih halus dari Kailua Beach. Tempat ini diiktiraf sebagai destinasi nombor satu percutian Presiden dengan salah satu pantai terbaik di dunia," katanya. dekorasinya pun sangat elegan dan keluarga Obama sangat menyukainya. 

Dengan dapur megah yang mempunyai peralatan stainless steel dan lantai kayu yang bercahaya. Beruntung bagi Obama, Weinberg berkeinginan untuk menyambut keluarganya kembali tahun depan. "Ini adalah tahun kelima mereka berturut-turut datang ke kawasan yang sama. Saya akan senang untuk mempunyai mereka sebagai tetamu di kesempatan lain," tambahnya.


Wow....x tahu apa nak kata....



Ulasan

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!