Loading...
NEW DELHI: Mangsa rogol beramai-ramai di Delhi yang meninggal di Singapura kelmarin dijangka berkahwin dengan teman lelakinya dalam tempoh beberapa minggu lagi, menurut beberapa rakannya.
Mangsa yang juga anak kesayangan bapanya diyakini oleh semua rakan bakal mencapai kejayaan selepas selesai menamatkan pengajian dalam bidang perubatan.
Ketika rakyat India meluahkan simpati yang mendalam terhadap mangsa berusia 23 tahun yang diperkosa oleh sekumpulan perogol pada 16 Disember lalu itu, mereka yang mengenalinya menggambarkan mangsa sebagai seorang wanita muda yang sedang dilamun cinta dan disayangi ramai.
Walaupun belum rasmi bertunang, semua rakan mengetahui mangsa merancang untuk berkahwin dengan teman lelakinya yang turut cedera parah dalam serangan itu yang menyebabkan kematian mangsa. Rakan mangsa, Meena Rai berkata, dia menemani mangsa membeli-belah pakaian dan hadiah perkahwinan. “Dia sepatutnya berkahwin Februari depan dengan lelaki sama yang turut diserang dalam bas itu bersamanya,” katanya yang tinggal bersebelahan kediaman mangsa di Mahavir Enclave, kawasan kejiranan di barat daya New Delhi.
“Mereka telah membuat semua persediaan dan merancang parti perkahwinan di Delhi,” katanya. Seorang lagi rakan yang menghadiri upacara pembakaran mayat semalam mengesahkan majlis perkahwinan akan berlangsung dalam tempoh beberapa minggu lagi.
“Kami tahu dia akan berkahwin Februari depan. Seluruh kawasan kejiranan sangat teruja mengenainya,” kata Usha Rai.
Dan ini puncanya mengapa mangsa dirogol...
Pada 16 Disember lalu, mangsa dan teman lelakinya keluar menonton wayang gambar “The Life of Pi” di pusat beli-belah sebelum menaiki bas yang disangka akan membawa mereka pulang. Menurut laporan, serangan terhadap pasangan itu bermula apabila teman lelaki mangsa menjadi bahan cemuhan mengenai mengapa seorang wanita yang belum berkahwin berada di luar rumah pada lewat malam.
p/s Haa...tu dia...kes anak gadis keluor malam2 rupanya...so...buat gadis2 kat luar sana.. Jadikannya sebagai iktibar ...jgn keluar sampai larut malam..x elok...
Penjenayah sekarang x pilih bulu,semua dia bedal hatta warga emas sekalipun
ingatlah....
penjenayah ada dimana-mana.

9 Ulasan
rasanya di mana2 pon berlambak anak gadis keluar mlm.. cuma mgkin nasib dorg mmg tak baik mlm tu. penjenayah kalau dah hati mcm binatang, memang takkan kenal orang, sebab & alasan.
BalasPadamHaih! Tapi bukan mcm tu caranya..sian kat pompuan tu..kalau ye pon nak ajar kan..
BalasPadam@Cik Gee
BalasPadamdunia dah terbalik sekarang...ada juga orng lelaki dah suka duk umah malam2,yg pompuan lak sibuk kuor malam2...
@Nieyxzha Hassan
BalasPadamitulah bila setan dah mula cucuk jarum
senang kata perempuan tu cantik...sebab tu kot..
BalasPadam@Fendy
BalasPadamitu juga salah satu sbb nya juga...
Seriously kisah dye kne rogol tersangat tragis... Korg tahu yg nie je..kalau tahu lagi nie msti teramat2 marah n sakit hati... Sbb dye mati sgt2 tragik...pmbnuh tu mmg sgt kejam...
BalasPadamnafsu sipelaku mmg nafsu binatang,kesian pd mangsa...
Padamdon't u guys see..how proud we are in malaysia?...where mens and womens a equal and lives in peace.poor her...r.i.p
BalasPadamjerit kat sini