INILAH CIK AISHAH DARI ALAM BUNIAN

INILAH CIK AISHAH DARI ALAM BUNIAN

Loading...

Ini bukan kisah Aishah Abdullah, kawan sekolah aku. Ini adalah cerita wang kertas
Malaysia yang ditandatangani oleh "Aishah" yang kononnya dari Alam Bunian.


Ketika itu, terdengar cerita bahawa Aishah dari Alam Bunian membantu Malaysia
menghadapi krisis ekonomi pada 1998-2000 dengan mengeluarkan wang dari Alam Bunian.
Jika diamati, memang tandatangan yang tertera di atas wang kertas tersebut seperti
perkataan "Aishah".

Itu hanya mitos...

Sebenarnya, itu bukan tandatangan Cik Aishah daripada Alam Bunian. Itu adalah
tandatangan Tan Sri Ali Abul Hassan iaitu Gabenor yang ke-6. Beliau menjadi
Gabenor pada September 1998 hingga April 2000.

Gabenor Malaysia yang berjantina wanita hanya seorang sahaja iaitu Tan Sri Dato' Sri
Dr. Zeti Akhtar Aziz yang dilantik pada Mei 2000 dan masih berkhidmat hingga sekarang.
Beliau juga merupakan anak kepada Profesor Diraja Ungku Aziz.

Mana ada Aishah...

Daripada maklumat Bank Negara Malaysia, wang "Aishah" ini tersilap edar kepada
umum - ketika itu proses pertukaran Gabenor Bank Negara yang baru iaitu Tan Sri Dato'
Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

Erti kata lain, wang baru ketika itu yang ditandatangani oleh Tan Sri Ali Abul Hasan
teredar sedangkan ketika itu Gabenor barunya adalah Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar
Aziz.

Cawangan Bank Negara yang lain sempat menerima arahan daripada Bank Negara Malaysia
untuk menarik balik wang tersebut daripada diedar kepada umum. Tetapi, bank di
Pulau Pinang sudah terlepas edar sebanyak 50,000 keping.

Jadi, wang yang ditandatangani oleh Tan Sri Ali Abul Hassan yang ada di Malaysia hanya
50,000 keping sahaja. Jumlah ini sangat sedikit. Disebabkan sedikitlah, ianya menjadi
buruan kepada para Numismatik.

Inilah cerita yang sebetulnya tanpa melibatkan Makhlus Halus. Lembu punya susu, Sapi
dapat nama.

- Pahlawan Basikal

P/S hihi...ye ke??

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Tak tahu pulak cite nie... Pasti wang tu berganda nilainya, maklumlah dari alam bunian...hihi

    BalasPadam
  2. @Bin Muhammad
    haha..maknanya laku jugalah wang manusia ni dialam bunian sana yer..

    BalasPadam
  3. sebelum ni x amek tau sngt pn siapa sign duit tu..asalkan duit x palsu sudah..hehehe..nice info..

    BalasPadam

jerit kat sini