Antara Rosmah Cincin Dan Sumpah

Antara Rosmah Cincin Dan Sumpah

Loading...

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau berani bersumpah kepada Allah bahawa beliau tidak ada cincin bernilai RM24 juta seperti yang didakwa oleh pembangkang.


Bagaimanapun, Rosmah mengakui beliau ada melihat cincin tersebut apabila ia dibawa masuk ke Malaysia untuk dipamerkan "kepada orang yang ada duit".

"Saya berani bersumpah, saya berani bersumpah kepada Allah, saya tak ada cincin itu di tangan saya langsung.



"Memang cincin itu masuk untuk dipamer kepada orang yang ada duit. Saya tak ada duit tapi saya tengok saja, very nice, very nice,
habis cerita," katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam Bersama Balu-balu Tentera dan Perasmian Persatuan Peniaga-peniaga Bekas Tentera Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.

Rakaman ucapan Rosmah itu telah dimuatnaik di Youtube oleh portal berita KLPos.

Walaupun Rosmah tidak menyatakan secara khusus tetapi dipercayai beliau merujuk kepada dakwaan bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin pada 2011.

Badrul Hisham, yang juga dikenali oleh nama blognya - Chegubard - membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa beliau menerima maklumat bahawa sebentuk cincin bernilai RM24,458,400 telah diterbangkan ke Kuala Lumpur dengan Rosmah sebagai penerimanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz kemudian menjelaskan bahawa walaupun cincin itu dibawa masuk ke negara ini, ia tidak dijual dan akhirnya dikembalikan kepada syarikat yang memilikinya.

Rosmah kemudian menafikan dakwaan tersebut, dan menyifatkannya sebagai fitnah, tetapi tidak mendedahkan sama ada beliau pernah melihat cincin itu sebelumnya.

p/s  oh ye..korang pernah gi pasar malam tak??sebenar nya kat pasar tu berlambak dijual barang2 kemas tiruan yg nampak real macam barang kemas yg tulen...kdg2 saya terpikir gak..tak mustahil kalau cincin tu pun ada sama paternnya..maklum saya ada sedara berstatus mak datin yg banyak pakai barang2 kemas yg tak berapa nak tulen tu...

Kalau orng tak tahu mati2 ingatkan yg asli,walhal yg palsu je pun....nampak mahal sbb mak datin yg pakai,nampak murah dan tipu sbb yg pakainya hanya rakyat biasa2 je....orang kampung...sedangkan bendanya sama jer..

http://www.malaysiakini.com/news/219350

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Masih trfikir2 kalu tiada angin masakn pokok brgoyang? Eemmmm.... Ntahlah....

    BalasPadam
  2. Memang ler berani sumpah...memang xde dijari dia.. Bagaimana kalau bersumpah dia pernah cuba membelinya?

    BalasPadam
  3. Cantik cincin tu...nak try crik kat shopping complexla..hehehe...

    BalasPadam
  4. rasanya setakat ini cincin ini adalah yg paling glemer diantara banyak2 cincin..ingin juga nak tengok

    BalasPadam

jerit kat sini