Akrit Jaswal: Kecik kecik Dah Bedah Orang

Akrit Jaswal: Kecik kecik Dah Bedah Orang

Loading...

Akrit Jaswal melakukan operasi pertamanya ketika usia 7 tahun. Dia mengoperasi seorang kanak-kanak berusia 9 tahun, dengan memisahkan jari-jari yang terbakar dan menyatukannya.

Peristiwa itu bermula dari keluarga miskin yang mendengar bahawa ada seorang kanak-kanak yang mempunyai IQ tinggi. Keluarga miskin itu tidak dapat melakukan operasi kerana kos yang mahal dan meminta Akrit melakukan operasi secara percuma. Akrit pun menyanggupi dan operasi berjalan lancar. Alhasil, dia pun menjadi terkenal di negara kelahirannya, India. Hebatnya, ilmu bedah tersebut dia dapatkan secara otodidak, tanpa pengajar, ataupun keturunan khusus.

Lahir pada 23 April 1993, Akrit Jaswal sudah menunjukkan kegeniusannya sejak kecil. Pada usia 10 bulan sudah boleh bercakap, usia 5 tahun sudah membaca buku sains dan anatomi, dan usia 6 tahun berkeinginan mempelajari perubatan.


 Akrit mengembangkan ilmu pengetahuan medisnya dengan mengunjungi rumah sakit dan melihat proses langsung operasi pembedahan. Pada usia 12 tahun, Akrit diterima di Universiti Punjab, Lahore, dan menjadi pelajar termuda di India. Pada usia 13 tahun, Akrit mendapatkan IQ 146.


       The Oprah s All-Time Smartest : Most Talented Kids, Mac 2011

Akrit menguasai buku-buku yang dibacanya dengan kebiasaan belajar selama 1 jam setiap hari. Pada tahun 2005, dia di undang ke Imperial College, London, untuk diuji kecerdasannya dan bertukar fikiran tentang kajian perubatan. Menghabiskan masa dua minggu,


 Akrit Jaswal diuji oleh, Profesor Mustafa Djamgoz (Penyelidik Biologi dunia), Anup Patel (Ahli bedah dan kosultan Urologi), para Inkuisitor, Tim Fokus IQ terkemuka di Inggeris, dan Rosemary (Psikolog anak). Hasilnya Akrit mempunyai potensi yang besar di dunia perubatan, tapi masih perlu bimbingan dengan baik.

Saat ini Akrit Jaswal sedang menjalani program S1 Zoologi, Botani, dan Kimia. Dia pun berharap dapat meneruskan S2-nya di Universiti Harvard. Cita-cita terbesarnya dapat mencari ubat penyembuh kanser.




Catat Ulasan

1 Ulasan

jerit kat sini