Si"Tanggang" Tinggalkan Ibunya Dikandang Babi

Chen Shoutian, lelaki di Guanyun County, Provinsi Jiangsu, menjadi bulan-bulanan di media sosial China lantaran dia sanggup membiarkan ibunya tinggal di kandang babi. Padahal, ibunya itu sangat renta, usianya sudah 100 tahun.



 Komen pedas terhadap Chen bermula dari sebuah tayangan di televisyen tempatan. Dalam tayangan itu, disebutkan bahawa ibunya yang tidak disebutkan namanya itu telah tinggal selama dua tahun bersama-sama babi-babi. 


Ibu malang yang lahir pada masa runtuhnya Dinasti Qing ini menggunakan tumpukan jerami sebagai tempat tidurnya. Ibu lapan anak itu mengaku senang dan terbiasa tinggal di kandang babi yang berbau dan dikerumuni lalat.

 "Dia memang ingin tinggal di sini kerana katanya selesa," kata Chen berdalih. Kepada stesen televisyen tempatan tersebut, Chen mengatakan tidak ada bilik lagi di rumah dia. Padahal, ada enam bilik di dalam rumahnya. "Saya sebenarnya tidak keberatan dia tinggal di sini," kata Chen. 

Tindakan Chen yang membiarkan ibunya tinggal di kandang babi ini menuai kecaman di media sosial Weibo. Banyak yang mengatakan bahawa ini adalah bentuk penderhakaan anak terhadap orang tua.

 Banyak juga yang menggambarkan bahawa inilah realiti saat ini, pemuda tidak lagi peduli pada orang tua. "Apakah yang mengaku 'manusia' sanggup melakukan hal ini? Harusnya dia boleh merasakan hari-hari bahagia setelah 100 tahun bekerja keras," kata seorang pengguna Weibo. 

Seorang kerabat Chen yang berkunjung ke kandang babi itu mengaku tidak kuat. "Sangat busuk, bau sekali sampai saya tidak masuk," kada Liu Zhanbing, cucu ibu tersebut. 

Gu Yuqing, putri nenek malang ini mengaku sudah cuba meyakinkan ibundanya untuk melarikan diri dari kandang babi tersebut. Namun, dia sukar meyakinkannya kerana ibunya mengaku kerasan. "Banyak lalat dan nyamuk di musim panas dan ibu saya tinggal di situ. Sangat menyakitkan hati saya. Dia sangat tua, dan tinggal dengan babi! Bagaimana kami tidak sedih?" kata Gu

p/s  zaman sekarang banyak2 anak2 derhaka yg muncul...agak2nya kenapa ye?


Ulasan

  1. Akhir zaman memang ramai yang lahirkan si tanggang..

    BalasPadam
  2. @SYANI
    semakin hari fenomena Tanggang semakin menakutkan

    BalasPadam

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!