Meskipun Ariel Shaaron Koma,Namun Beliau Masih Diperdengarkan muzik-muzik klasik

Meskipun Ariel Shaaron Koma,Namun Beliau Masih Diperdengarkan muzik-muzik klasik

Loading...
11 Februari 2006 BBC menuliskan keadaan Perdana Menteri Israel ketika itu, Ariel Sharon.

Kesihatan Sharon sangat teruk. Dia menjalani pembedahan kecemasan selepas pasukan doktor bimbang nyawanya terancam. Sharon dalam keadaan koma di RS Hadassa, Jerusalem sejak 4 Januari 2006 ketika dia mengalami stroke kritikal dan menjalani beberapa siri operasi.


Pasukan doktor berkata, komplikasi pada saluran pencernaan memerlukan operasi serta merta dan mereka memasukkan infus ke perut pemimpin Israel itu.


Diberitakan bahawa doktor di Hospital Hadassa telah memasukkan Ariel Sharon ke ruang operasi khas. Dia mempunyai kesan luka teruk dan tidak sedarkan diri dalam jangka waktu yang lama. Operasi tersebut dilakukan untuk menyambung bahagian-bahagian ususnya yang telah rosak dan telah menyebar ke bahagian tubuh lain.

“Nyawa Sharon terancam,” kata jurucakap hospital, Yael Bossem-Levy kepada agensi berita Associated Press ketika itu.
Selepas empat tahun kemudian, harian terkemuka Israel melaporkan keadaan terkini mantan Perdana Menteri Israel Ariel Sharon pada 23 Oktober 2009.


Akhbar terbitan Israel “Hume Israel” mengutip maklumat ini dari salah sebuah majalah elektronik harian terkemuka di Israel. Media ini melaporkan keadaan kesihatan mantan PM Israel itu yang kini masih menderita strok dan terbaring koma di hospital selama lebih dari enam tahun.



Majalah ini menuliskan bahawa keluarga Sharon masih menjenguk dan berinteraksi dengan dirinya. Ini menunjukkan bahawa Sharon masih hidup. Salah seorang dari anggota keluarganya kerap membacakan akhbar harian di sampingnya dan memberitahu perkembangan ternakan lembu yang dia miliki di daerah Selatan Israel. 

Disamping itu dia juga dibacakan beberapa buku dan diperdengarkan muzik-muzik klasik.


Ketika ditanya lebih lanjut sampai bila keadaan Sharon akan terus jadi seperti ini, Solomo Segev doktor senior yang merawatnya berkata, “Kalau dikaji dari usia rata-rata dalam keluarga Sharon, ibu dan neneknya mati di atas usia 90 tahun”. Solomo pun kemudian menganggarkan Sharon akan tetap dengan keadaannya seperti ini sehingga usianya melepasi 90 tahun.


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. mati cepat lagi bagus orang tua ni kan..

    BalasPadam
  2. @weschairs
    betul tu..dah ramai menyampah ngan org tua nih

    BalasPadam
  3. Tengku Butang dtg membalas lawatan.. heee...

    BalasPadam
  4. saya suka dia lama2 mcm tu, baru dia tahu betapa seksanya sakaratulmaut dari Allah SWT, ingat dia bunuh org sng2 mati x per, tapi biar dia terseksa lama sikit...puas hati.

    BalasPadam
  5. @MAMA HannahHakimHayfa
    muhasabah diri..jangan jd spt dia..balasan tuhan...iadikan iktibar buat semua

    BalasPadam

jerit kat sini