Foto Sebelum Dan Sesudah Kehamilan Kate.Lihat!

Foto Sebelum Dan Sesudah Kehamilan Kate.Lihat!

Loading...
Kate Middleton hamil? Isu itu memang sudah beredar sejak lama. Namun kini, ada satu bukti yang mungkin boleh membuktikan bahwa rumor kehamilan itu benar. Apa?



Perhatikan penampilan baru Kate saat muncul beberapa hari lalu. Duchess of Cambridge memang sempat menjadi sorotan kerana gaya rambutnya yang berubah total.

Kalau kita perhatikan, bukan hanya rambutnya saja yang berubah saat itu. Pipi Duchess of Cambridge yang tampak lebih chubby menunjukkan bahwa dia lebih gemuk saat ini.


                                                       Kate Middleton Before & After

Penampilan yang lebih berisi ini jelas berbeza dengan penampilan yang biasa ditunjukkan isteri Putera William itu. Selama ini, Kate dikenal dengan penampilannya yang superslim.

Perubahan gaya rambut Kate sendiri memang sempat menimbulkan berbagai spekulasi. Jangan-jangan dia memang ganti gaya rambut demi menutupi wajah chubby-nya. :)

Mana tahu...


Itu khabar sebelumnya,namun skrang semuanya terbukti ....
baca dibawah..







LONDON - Isteri kepada Putera William, Kate Middleton atau Duchess of Cambridge, Catherine, terpaksa bermalam di hospital untuk dirawat akibat alahan mengandung yang teruk selepas pengumuman bahawa pasangan diraja berkenaan dijangka menyambut anak pertama mereka.

Keluarga diraja Britain itu mendedahkan berita gembira tersebut pada Isnin, sekali gus menamatkan spekulasi hangat mengenai bayi yang bakal menjadi raja Britain sama ada ia lelaki atau perempuan.

Ratu Elizabeth II dan seluruh keluarga diraja nyata gembira dengan berita kehamilan Kate. William dan bapanya, Putera Charles telah melawat Kate di Hospital King Edward VII di tengah London, jelas sumber istana.

Bayi itu bakal menjadi pewaris takhta diraja Britain selepas Charles dan William tanpa mengira jantinanya berikutan kerajaan Britain mahu menggubal undang-undang lama yang sebelum ini memberi keutamaan kepada pewaris lelaki.

Menurut sumber istana, pasangan tersebut baru sahaja menyedari kehamilan Kate. Agensi berita The Press Association melaporkan kehamilan itu masih belum memasuki minggu ke-12, tetapi pengumuman itu didorong oleh kondisi perubatan Kate.

Kate dimasukkan ke hospital pada Isnin kerana mengalami hypermesis gravidarum, iaitu alahan teruk yang memerlukan hidrasi dan nutrien tambahan.

"Memandangkan kehamilan masih di peringkat awal, beliau dijangka berada di hospital untuk beberapa hari lagi. Kate juga memerlukan masa untuk berehat," jelas kenyataan dari istana.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan isteri, Michelle yang ada bertemu dengan keluarga diraja itu ketika lawatan mereka ke Britain tahun lalu menyampaikan ucapan tahniah mereka.

p/s  apa-apapun tahniah buat mereka berdua...



Catat Ulasan

2 Ulasan

jerit kat sini