Loading...
Keknya menggambarkan gaya filem seram anggota tubuh yang dikelar, kecederaan dan penyakit kulit.
TIDAK semua orang akan tertarik untuk memakan kek cawan yang dihasilkan Gillian Bell.
Gillian, 34, tidak mahu terikat dengan cara biasa membuat kek yang membabitkan warna ceria dan corak menawan. Dia sebaliknya memilih kek yang kelihatan menyeramkan, untuk peminat yang menggemari makanan manis dan dapat menahan bau, rasa atau melihat sesuatu yang tidak menyenangkan tanpa perasaan takut atau meloyakan.
SANGGUP MAKAN...idea di sebalik rekaan Gillian ialah untuk membangkit kesedaran mengenai penyakit.
Kini, dia tidak sabar untuk mengambil bahagian dalam pameran di London untuk meningkatkan kesedaran mengenai pelbagai jenis penyakit.
“Agak membosankan untuk membuat kek biasa seperti dilakukan kebanyakan orang. Lebih menyeronokkan untuk menghasilkan sesuatu yang menyeramkan.
REKAAN... kek Gillian termasuk badan yang berjahit.
“Saya suka melihat reaksi orang ramai. Kek saya sebenarnya enak kerana ia seperti kek biasa. Ada pelanggan yang terus memakannya dan yang lain tak sanggup. Mereka mungkin terpedaya dengan pandangan mata, seolah-olah mereka akan menggigit ketuat,” katanya.
Gillan yang berasal dari Kirkcaldy, Scotland, pernah membuka kedai kek di Edinburgh. Di situ, dia sering mendapat pesanan untuk membuat kek luar biasa.
Dia menutup kedai itu untuk kembali mengajar. Tetapi pada masa sama, masih membuat kek pada masa kelapangan.
Pameran ‘Eat Your Heart Out’ di Muzium Patologi St Bart berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober.
“Tujuan pameran di London itu ialah untuk memberi peluang peserta membuat kek yang dapat membawa kesedaran terhadap wabak dan penyakit. Kerana itu, akan ada kek yang kelihatan seperti jantung berpenyakit dan juga penyakit berpunca daripada seks bebas.
JIJIK... kek telinga, mata, jari manusia yang terjojol dari sebuah baldi penuh darah.
“Rekaan saya pula akan bertemakan penyakit kulit. Saya akan membuat kek yang kelihatan seperti ketuat dan kudis.
“Saya teruja kerana dapat mengambil bahagian. Ia peluang terbaik untuk saya menunjukkan rekaan saya kepada orang ramai,” kata Gillian.
p/s..kalau depan mata ni rasanya akak termenung panjang sebelum ngap!!

10 Ulasan
Terasa nak muntah jugak lh tengok .. kalau buat aktiviti bedah2 ni pun boleh jugakk .. hhe
BalasPadamtgk gmbr je saya dah rasa loya kak....
BalasPadamtak sanggup nak makan...ngeeee...
boleh makan ke mata,jari tu.. hehe.. mcm x termkn je..
BalasPadamerk,bagi free pun fikir beribu kali nak makan ke tak kek tu kak..=D
BalasPadamhish geli ar
BalasPadam@cerita best
BalasPadamwahh..pak joe lawat sini...bangaa berbunga2 ni..jom ramai2 terjah pak joe..
@Mrs Velentine
BalasPadamhihi..kembang tekak
@MarliaMarble
BalasPadameee...kalau boleh wat perhiasan nak le jugak
@Pwincess sarah
BalasPadamanggap je mcm biskut..hahaha
jln2 disini
BalasPadamjerit kat sini