Lagi Kisah hantu Lif

Lagi Kisah hantu Lif

Loading...
Program TV uji ketakutan pengguna lif

GAMBAR yang disiarkan di laman YouTube semalam menunjukkan seorang wanita cuba mengelak daripada melihat 'hantu' budak perempuan (kiri) di dalam sebuah lif dalam sebuah program televisyen di Brazil.

RIO DE JANEIRO - Satu program televisyen cuba meninjau reaksi para pengguna lif apabila mereka melihat hantu, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.


Kamera dipasang dalam lif itu tanpa disedari oleh para pengguna semasa rakaman tersebut dibuat.

Dalam program itu, hanya seorang atau dua pengguna sahaja berada di dalam lif tersebut.

Selepas pintu lif itu ditutup, pengguna tersebut tidak menyedari ia sebenarnya tidak bergerak.

Cahaya lampu di dalam lif tersebut kemudian terpadam seolah-olah menunjukkan bekalan elektrik terputus.

Semasa bekalan elektrik itu terputus, seorang budak perempuan yang menyamar sebagai hantu dengan membawa anak patung merangkak keluar dari sebuah pintu rahsia.

Apabila cahaya lampu dihidupkan semula, pengguna lif itu terkejut apabila mendapati kanak-kanak perempuan tersebut muncul dengan tiba-tiba.

Wajah kanak-kanak itu yang kelihatan seperti hantu menyebabkan pengguna lif tersebut ada yang menutup mata dengan tangan.

Terdapat juga pengguna lif lelaki yang terus berlari sejurus pintu dibuka.

Salah seorang pengguna wanita pernah menjerit apabila melihat 'hantu' itu. - Agensi


p/s..kalau saya mau terkucil,pengsan kat situ

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. wah!! memang terkencinglah jawabnya kalau betul2 huhuu

    BalasPadam
  2. ha'a encik cool, betul tu...mana nak lari kalau jumpe lam lif ni..satu je komen sy, prank mcm ni meletakkan budak yg jadi hantu tu dlm keadaan bahaya..mana tak nya, kalau la penumpang lif tu ada senjata tajam/tumpul, dibuatnya dia latah/sentap, terus di pukul budak tu sekuat hati sebab terkejut..ada jugak yg mati nanti..takpun, ada penumpang lif yg lemah jantung, terus kiok..org2 barat ni kalau bgurau tahap dewa terus smpai ada yg mati...seblum ni pun ada kes gurau yg mnyebabkn kematian tp xdiambil iktibar..btw, page ni dah makin comel..n xsakit mata dah nk baca..background kaler lembut je..sukee..thump up!

    BalasPadam
  3. sy try chat kat chatbox tapi asyik failed je. akak tnya tadi kan pasal knp xleh nk buat catatan.. akak maybe pakai template yang main download tu kot.. if nk buat entry, kena p blogger.com baru kluar dashboard.

    BalasPadam
  4. leeza dh tgk td. kelakar. haaaaa
    seram pun ada kalau kita berada dlm lif tu. huuu

    BalasPadam

jerit kat sini