'Tok..tok!!Nak anak ke tok??!!Uhuk..uhuk....

'Tok..tok!!Nak anak ke tok??!!Uhuk..uhuk....

Loading...
Sungguh...sumpah pocong...gelihati hati beno saya baca artikel ni..
hinggakan tengah masak pun teringat2 kisah tok berdua ni...kiut miut gitu..

Baca lagi...


Pok Yeh begitu mesra dah bahagia di samping isterinya, Rohani apabila mereka bertemu jodoh di Rumah Seri Kenangan, Pengkalan Chepa.

Pasangan warga emas ingin anak

Harap isteri kelapannya itu dapat realisasikan impian tersebut

KOTA BHARU - “Sekiranya dikurniakan cahaya mata pakcik akan sembelih seekor kambing buat kenduri,” kata penghuni Rumah Seri Kenangan, Idris Labuh, 72, atau lebih dikenali sebagai Pok Yeh sambil matanya meleret kepada isterinya, Rohani Lee Abdullah, 58.

Walaupun sudah berusia namun Idris tetap berharap dan memasang angan-angan untuk menimbang cahaya mata dengan pasangan yang baru dinikahinya Julai lalu apabila mereka bertemu jodoh di rumah orang-orang tua di sini.

Idris yang belum pernah mendapat cahaya mata walaupun sudah tujuh kali mendirikan rumah tangga berharap isteri kelapannya itu, Rohani dapat merealisasikan impian tersebut.

“Kalau dapat anak perempuan pakcik hendak namakan Farah, jika lelaki pula Mohamed,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Sambutan Warg Emas anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di sini.

Idris berkata, hidupnya lebih bermakna selepas menikahi Rohani apabila isterinya itu menjaga segala keperluannya dan mereka sekarang tinggal di rumah kelamin di Rumah Seri Kenangan.

Dia berkata, walaupun tidak merasa masakan air tangan isterinya kerana sudah disediakan oleh pihak berkenaan tetapi dia cukup bahagia apabila mempunyai teman untuk bergurau senda.

Menurutnya, setiap hari mereka berdua menghabiskan masa dengan bercucuk tanam bersama-sama dan antara jenis sayuran yang ditanam ialah terung, lada dan bermacam-macam lagi.

“Bila sudah berdua, pakcik rasa bersemangat untuk bekerja dan sekurang-kurangnya duit yang diperolehi walaupun sedikit dapat digunakan oleh pakcik dan makcik untuk membeli keperluan lain,” katanya.

p/s hihi...usaha tekun jaya tok...

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Huhuhu...usaha tanggah kejayaan tuk..rezeki di tangan allah.. huhu :)

    BalasPadam
  2. akak..jgn suka2 cakap sumpah pocong kak huhu,sbb maid saya cakap di indonesia mereka mmg amalkan sumpah pocong jika perlukan pengakuan utk sesuatu perkara jika tidak bersalah.ada kes betul2 makan diri kerana sumpah pocong, org tu mati.kononnya anak dia tak mencuri tapi sebenarnya memang mencuri.so dgn sumpah pocong (ada junjung quran) akhirnya makan diri terus kiok!

    BalasPadam
  3. ye kak..kat indon lagi manyak bende 'pelik'

    BalasPadam
  4. @Rosniena
    indon memang le...semuanya mistik...takut

    BalasPadam

jerit kat sini