Hati-hati Beli Beras,Jangan Terbeli Beras Tiruan!

Hati-hati Beli Beras,Jangan Terbeli Beras Tiruan!

Loading...
BANYAK produk tiruan yang dihasilkan dari China. Dari pakaian, mainan, barangan teknologi dan elektrik sehinggalah melibatkan bahan makanan. Tapi benarkah setelah pembongkaran mi palsu, telur palsu, dan susu bayi palsu mengandungi melanin, kini China dikatakan mengeluarkan pula beras tiruan yang diperbuat dari plastik ?

Laporan media dari Hongkong menyatakan bahawa beras palsu tersebut sedang dipasarkan di Taiyuan, wilayah Shaanxi, China. Beberapa syarikat media lain seperti dari Singapura dan Vietnam turut mendedahkan tentang pemalsuan makanan tersebut. Sebut fasal tiruan, bagaimanakah agaknya beras tersebut dipalsukan?

Beras tiruan plastik ini dikatakan dibuat dari campuran kentang dan keledek serta diadun dengan plastik supaya berkilat dan dapat dibentuk seperti beras asli, ditambah pula dengan pewangi beras tiruan ianya kelihatan seperti beras asli. Namun langsung tidak berkhasiat malahan merbahaya untuk kesihatan.

                                             Bahan membuat beras palsu, Kentang dan keledek

                                                Bahan campuran utama, Resin plastik

                                            Hasilnya beras tiruan yang seakan-akan beras asli

                                                 Beras tiruan yang siap dibungkus

Plastik umpama toksik di muka bumi, susah untuk reput dan dilupuskan.Begitu jugalah dengan beras tiruan. Sifat plastik itu telah membuatkan butiran beras menjadi keras dan sukar untuk patah. Bentuknya sentiasa sempurna iaitu bersaiz lebih panjang daripada beras biasa. Selain bersaiz panjang butiran beras ini juga sangat halus dan nipis. Malah, Warnanya jernih seperti lut sinar berbanding beras asli yang kelihatan seakan warna putih susu. Oleh kerana warnanya sebegitu rupa, air basuhan beras tetap nampak jernih walaupun pertama kali dicuci.

Penyelidikan yang dijalankan keatas kandungan kimia dalam beras tiruan itu turut menemukan suatu yang bahaya. Dikatakan, dengan hanya memakan sebanyak tiga mangkuk dari nasi bukan original itu, hasilnya boleh disamakan seperti menelan satu hingga dua beg plastik. Ditambah harganya yang terlalu murah dan sukar dibezakan dengan beras asli kegiatan penipuan ini sukar dibendung.

Dengan erti kata lain, beras tersebut hanya dilihat pada zahir atau bentuk saja.Tapi pada hakikatnya pengguna sebenarnya menelan plastik.Bayangkan jika beras tersebut dijamah pada setiap hari atau seumur hidup.Tentu saja bahaya kesihatan atau pelbagai penyakit kronik sedang menunggu mangsanya.





Catat Ulasan

3 Ulasan

jerit kat sini