Letak Anak Patung Di Bumper Kereta.Apa Kejadahnya....

Letak Anak Patung Di Bumper Kereta.Apa Kejadahnya....

Loading...
Korang pernah tak ternampak kereta yang meletakkan anak patung / teddy bear di bawah bumper kereta seperti gambar di bawah nie?


Dan adakah anda tahu mengapa sebabnya kebanyakkan orang suka letak teddy bear nie di bawah bumper kereta.. Adakah ianya satu trend atau mempunyai agenda-agenda tersirat?

Baca petikan nukilan penulis ini:

Assalamualaikum wbt.
No, I’m not gonna apologize for making too few blogposts. Haha! Busy la, busy.

Ni pun kerana internet tak elok, boleh la menulis sekejap.
Apa-apapun, saya teringat suatu perbualan dengan abang saya semasa traffic jam di lebuhraya. Pelbagai jenis kereta lalu melepasi kami dan abang pun bertanya,

“Ha awak tahu tak, kenapa orang selalu letak anak patung bawah kereta dia?”
Saya lihat ada kereta lalu di hadapan, dengan anak patung Spongebob. Banyak dah orang buat, especially kereta sport. Ada tasmania devil, sylvester, tweety, pendek kata semua soft toy. kadang-kadang sampai buruk pun ada. Kesian tengok (ye la dulu mak ayah pun jarang belikan anak patung, mereka ni beli senang-senang letak bawah kereta. Jeles!).
“Entah la,” saya duga. “Mungkin, nak bumikan elektrik semasa kilat kot?”
“Salah…”
“Habis tu kenapa?”



 “Sebab, ni budaya orang Thailand. Orang sana percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat dia mati. Takut nanti dia menganggu orang yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka pasang anak patung. Supaya roh kanak-kanak tu happy.”

“La ye ke,” kata saya. “Patutlah time saya pergi Bangkok dulu, diorg buat shrine tepi jalan. Kata tourist guide, kalau orang tu mati kat situ, buat kuil kat situ. Dia jadi penjaga jalan tu.”
“Ha tulah, orang kita ni suka ikut saja budaya luar. Asal cute je buat. Tak fikir pun sebabnya.”


Di sini ,, halaman blog pelancongan Thailand ni pula mengatakan bahawa trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Fuh, nasib baik tak buat. Aduh, tengok, nanti rosak pula akidah percaya pada roh anak patung. Hari tu terfikir juga, comelnya kalau letak anak patung sebiji. Kuma-kuma ke, powerpuff girls ke. Kenapalah saya tak tanya dulu.Er..jangan letak la...bukannya elok pun...

Kini dah tahu bukan? So janganlah tiru trend cenggini.. lagipun buat apelah letak anak patung kat bumper kereta tue.. xcantik pun...makin buruk rupanya ada la..

(sumber dari email saya :O )

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Saya rasa ni blog yang paling paling aktif di dunia la,,belum habis saya baca, dah up date n3 baru..!

    BalasPadam
  2. em.,byk org kat malaysia buat cmni.,aish.,apa nk jadi la.,

    BalasPadam
  3. menakotkan...memg aktif pon blog ni...

    BalasPadam
  4. Abil,Fendy...bukan aktif jer..dah sampai tahap hyper akif ni...hihihi

    BalasPadam
  5. @hyemynameisrasyid
    betul..mana2 pergi akak selalu nampak..mulanya akak ingatkan tersangkut rupa2nya sengaja disangkut...

    BalasPadam
  6. rasanya dia orang yang taruk tu tak tau reason dia kot..saja suke-suke..tapi cute jugak..he..he..

    BalasPadam
  7. @Raudzah Zahari
    memnag tak masuk akal kalau difikirkan letak patung kat bumper tu...

    BalasPadam
  8. @Cik Tie@Akakemm betol tu.,ikut budaya org tanpa unsur periksa.,bahaya.,
    Anyway, nice blog, follow akak. salam perkenalan dari Alahai~

    BalasPadam
  9. Ni la org kita. Berpunca dr satu artikel dr blog mana ntah, yg kata benda2 ni hilang badi la, syirik la.... Lepas tu kecoh dan prcaya bulat2. Malangnye lg terus forwardkn dlm blog sendiri atau fb sendiri. Do your homework when surfing ok.... Benda tu semua "drift champ", xde kena mengena syirik la dosa itu la ini la.... Satu dunia tau benda ni drift champ....org kite je poyo.

    BalasPadam
  10. Ikut budaya org tnpa usul periksa? Sbnrnye org kite yg x usul periksa.....terua prcaya ttg bendq ni. Do your homework when surfing.... Adios.!!!

    BalasPadam
  11. Ni la org kita. Berpunca dr satu artikel dr blog mana ntah, yg kata benda2 ni hilang badi la, syirik la.... Lepas tu kecoh dan prcaya bulat2. Malangnye lg terus forwardkn dlm blog sendiri atau fb sendiri. Do your homework when surfing ok.... Benda tu semua "drift champ", xde kena mengena syirik la dosa itu la ini la.... Satu dunia tau benda ni drift champ....org kite je poyo.

    BalasPadam
  12. @cikgu
    owh ye cikgu..harap baungkan word vertication tu..susah orng nak tinggalkan komen

    BalasPadam

jerit kat sini